Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Wednesday 21 July 2021

Ibadah Qurban di Luar Negara 1442H dengan EZ Qurban

Assalamualaikum, salam AidilAdha buat semua.

Bertemu lagi kita ya buat sekian kali. Nampak macam tak ramai je baca entri CN sebelum ni. Padan muka ko CN sebab lama tak jengah blog, sampai naik bersawang kan. Tak pe lah.. CN tulis je lagi. Info kali ni adalah tentang sambutan hari raya qurban. Baca tau...



Korang ada buat qurban tak tahun ni? Iye la, masing2 dalam musim pendemik ni memang payah nak buat qurban bukan saja kerana kekangan kewangan, malah peluang berkorban turut terjejas ekoran kekangan kuota ibadah qurban yang telah ditetapkan. Banyak kawasan sekitar yang dah tutup penyertaan awal. Orang kata lebih baik buat ibadah qurban kat tempat dimana kita bermastautin kan? Tapi dah tak boleh, kita buat mana yang mampu.

Tahun ini kita sekali lagi meghadap raya PKP, jadinya turut CN perasan kini semakin banyak syarikat yang mempromosikan ibadah qurban diluar negara. HAri-hari muncul di kaca TV. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Namun ada pula mengatakan, terlalu banyak pendaftaran untuk menyertai ibadah qurban luar negara sehingga penyertaan dalam negara menjadi sangat kurang. Betul juga, boleh kata dah berapa tahun CN tak terima daging qurban. Kiranya tak semua rumah dapat merasa, lebih2 lagi jika duduk di kawasan bandar. Malah ada persepsi lebih dahsyat mengatakan syarikat2 ini mengambil kesempatan dan keuntungan atas ibadah qurban yang dilaksanakan. Wallahualam.. CN hanya sangka baik dan segala yang buruk harap dijauhkan dari kita umat Islam di dunia.

Berbalik kepada cerita melaksanakan ibadah qurban ini, CN juga salah seorang yang melanggan ibadah qurban di luar negara. CN yakin dan percaya mereka membuat kerja mereka dengan ikhlas dan cuba yang terbaik untuk para pelanggan. Diam tak diam, tahun ini adalah tahun ketiga CN menyertai ibadah qurban di luar negara yang dilaksanakan melalui syarikat EZ Qurban. CN bukan nak promosi tau. Ini hanya review tidak berbayar tapi apa yang CN nak ceritakan ini mempunyai nilai sentimental buat CN sendiri.

Masih ingat tak CN pernah tulis sebelum ini tentang mummy CN yang telah kembali kepada penciptanya? Klik SINI jika lupa dah lupa. ;)  

Tahun yang sama iaitu 2018 adalah tahun pertama CN "berkenalan" dengan EZ Qurban ini. Jujur tau, CN memang tak pernah buat qurban sebelum itu. Entah macam mana tiba-tiba CN tergerak hati untuk mencari peluang melaksanakan ibadah qurban dengan niat nak hadiahkan buat mummy dan daddy. Tapi bila tengok 1 bahagian lembu di Malaysia paling murah RM 650, CN cuba cari yang di luar negara. Alhamdulillah, EZ Qurban tawarkan masa tu RM 290 sebahagian. Jadi CN keluarkan sedikit dari simpanan ASB untuk laksanakan ibadah qurban buat mereka. Masa daftar tu CN tak bagitau langsung kat mereka berdua (lupa sebenarnya. Hehe..). 

Nak dijadikan cerita, kebetulan tahun tersebut kami beraya di JB (belah CN), Malam raya tu jugak baru CN makluamkan kat mummy yang CN ada daftar qurban atas nama mereka. Mummy tiba-tiba jadi sebak sebab rupa-rupanya dia memang nak buat qurban tahun ini tapi simpanannya tak cukup. Kira-kira hajatnya tak kesampaian lah.. Kalau korang nak tahu, mummy dan daddy CN merupakan peniaga makanan suatu masa dulu, jadi simpanan memang lah tak banyak ditambah pula tiada KWSP & pencen. Alhamdulillah kami adik beradik dapat beri sorang sikit, itu lah mereka buat simpan & belanja jika kecemasan. Jadi faham-faham lah betapa payah nak kumpul duit untuk menunaikan qurban. 

Bila ditolak tambah darab bahagi, mummy ingatkan memang tahun tu tak dapatlah buat ibadah qurban. Dia sedih sangat. Tapi bila CN bagitau yang CN dah daftarkan untuk mereka, mummy happy sangat dan bersyukur kerana CN bantu capaikan hasratnya itu buat kali pertma dan terakhir. CN sendiri tak sangka itu adalah ibadah qurban mummy yang terakhir sebelum dijemput illahi. Semoga amalan2 mummy menjadi asbab kepada segala kebaikkan yang diterima disana. Aamiin..

Jadi ada yang bertanya kepada CN, adakah CN masih akan terus menyokong ibadah qurban di luar negara? YA. Kerana CN yakin masih ramai masyarakat kita yang "belum mampu" membayar harga qurban di dalam negara. Jadi biarlah mereka tetap menjalani ibadah qurban setakat yang mampu. Yang penting kita semua hendaklah pasang niat untuk melaksakana ibadah qurban di dalam Malaysia, di depan mata sendiri pada masa akan datang. InsyaAllah, jika sampai rezeki kita pasti Allah akan lorongkan kita untuk berbuat lebih baik dari yang sebelumnya.

Sampai jumpa lagi semua. Nanti CN cuba ceritakan perjalanan Qurban CN daftar tahun ni ye. Sekarang fasa tunggu kemaskini dari syarikat lagi. Biasanya proses lengkap dalam tempoh 2 bulan.


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman 
SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 

No comments:

Post a Comment