Perjalanan menuntut ilmu blog bermula hari ini. Sebelum ini pembelajaran secara online tapi kali ini saya hadir ke kelas khusus untuk memajukan diri dalam dunia blogging ni. Alhamdulillah, ada yang sudi mengajar pelajar dewasa macam saya ni.hehe..
Kelas ini diadakan di sebuah bangunan milik penuh syarikat bumiputera yang terletak di Bandar Baru Bangi. Memandangkan saya ni datangnya dari Johor, berpusing-pusing jugalah saya mencari. Tapi kata orang, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya dan suami teruskan juga perjalanan dan akhirnya jumpa juga bangunan yang dicari-cari selepas 15 minit berpusing-pusing. Syukur, Alhamdulillah.. Inilah rupa bangunannya. Kalau nak lagi senang, cari je Hospital An-Nur. Da jumpa, masuk dan jalan ke belakang sikit. mesti jumpa bangunan ala2 dalam gambar ni. FaizWorld Training Centre ni kat sebelah belakang.
FaizWorld Training Center |
Di FaizWorld Training Center ni juga, anda boleh buat tempahan bilik latihan. Bukan hanya untuk ahli Shaklee sahaja ye. Contohnya, anda nak buat kelas bahasa Inggeris, anda boleh hubungi nombor telefon tertera. Kriteria dan bayaran saya kurang pasti. Yang pasti, fasiliti adalah lengkap dan terbaik, siap ada bilik nurseri untuk anak2 tau. (Kak Cery, saya tolong promosi sekali ni..hehe)
Kelas blog sedang berjalan |
Mula-mula agak segan juga nak datang ke sini kerana tiada asas blog langsung. Tetapi, rakan-rakan sekelas dan tenaga pengajar yang baik menjadikan saya selesa berada di kelas ini. Terima kasih semua..
Eh, lama pula menulis. Saya sambung kelas dulu ye.
Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149
P/S: Sebelum habis kelas ini, saya nak bergambar dengan sumber inspirasi. Kak cery, wait for me.. ;)
Tunjuk ajar ku sipuuu!!! Hihi
ReplyDeleteInsyaAllah... Expert blogger coming soon..haha
DeleteNext time boleh le sy plok join kelas blog....smlm dah gi kelas asas....hihi
ReplyDeletejom kite gi kelas lagi.hehe
Delete