Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Wednesday, 1 February 2017

Buku Ilmiah : Fiqh Medik

Assalamualaikum,

Kali ni saya nak kongsi buku ilmiah sikit. Antara bestseller di bookcafe. Hmm...nampak macam menarik cover dan isi kandungannya. Semoga bermanfaat.

Cover depan Fiqh Medik
Sinopsis
 Antara persoalan yang terjawab dalam buku ini:
1. Adakah berubat itu benar-benar wajib?
2. Bagaimana mengenalpasti darurat yang sebenar?
3. Bilakah masa kita tidak perlu berjumpa doktor?
4. Lemak babi boleh jadi halal?
5. Apakah doa waktu sakit yang mujarab?
6. Bolehkah menderma organ kepada bukan Muslim?
7. Berdosakah kita apabila menggugurkan kandungan? 8. Jampi bagaimana yang diterima Islam?
9. Setakat mana kita boleh mencantikkan rupa?
10. Pandangan mata orang mampu membuatkan kita sakit?
11. Vaksin: Mahu cucuk ataupun tidak?

Isi Kandungan

Bab 1: Etika dan Had Batasan dalam Interaksi antara Perawat dan Pesakit dalam Perubatan
Bab 2: Hukum Penggunaan Benda-Benda Haram dalam Perubatan dan Konsep Istihalah
Bab 3: Doa Kesembuhan daripada Penyakitdan Kecederaan
Bab 4: Hukum Brain Death (Mati Otak),Derma Organ, dan Pengguguran
Bab 5: Kesembuhan daripada Jampi dan Harga Naik
Bab 6 : Penyakit Berjangkit, Sikap Kita,dan Panduan Islam
Bab 7: Ringkasan Hukum Botox, Susuk, dan Braces
Bab 8: Vaksin untuk Jemaah Hajidan Keraguan Padanya
Bab 9: Hukum Pembedahan Batin
Bab 10: Beberapa Isu Perubatan dan Status Puasa
Bab 11: Mewarnakan Uban dengan Warna Hitamyang Disahkan Halal
Bab 12: Sebaran Gambar Mayat
Bab 13: Hukum Berkhitan bagi Lelaki dan Wanita
Bab 14: Kayu Koka dan Perubatan
Bab 15: Masalah Onani, Kesihatan, dan Hukum
Bab 16: Berapa Lama Waris Perlu Tunggu Berita Kehilangan ataupun Kematianyang Belum Pasti?
Bab 17: Syahwat Gelap dan Mengubatinya
Bab 18: Penyakit 'Ain, Misterinya, dan Perubatannya.

Link:
Fiqh Medik <<  Klik untuk ke website pembelian secara online

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday, 27 January 2017

Rawatan Ketika Tidur Dengan BVSM

Assalamualaikum,

Salam Jumaat bukan rakan-rakan. Pernah dengar tak kaedah rawatan dengan hanya melalui tidur? Ini bukan rawatan secara ghaib tau. Bukan juga rawatan gurau2. Yang saya nak perkenalkan ni adalah rawatan melalui teknologi terkini iaitu Teknologi BioVelocity (BV). Dengan Teknologi BV ni, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti tidur.

Penting ke tidur berkualiti?

Kepentingan Tidur




Apa tu Teknologi BV?

Teknologi BioVelocity telah ditemui oleh Saintis yang membuat penyeledikan lebih daripada 20 tahun. Teknologi ini adalah gabungan tenaga matahari pada waktu Dhuha yang istimewa bersama garam laut yang berkhasiat.


Bio Velocity Sleep Mate (BVSM)


Merupakan pelapik tilam yang khas dibuat untuk memperbetulkan frekuensi yang tidak harmoni semasa kita tidur. Ia meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang posotofo yang membertuk aura yang sihat dalam organisma. Ia juga mempengaruhi pengaliran tenaga semasa separa sedar, tubuh dapat mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimabng dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda.

InsyaAllah tubuh kita akan lebih cergas dan bertenaga sebaik sahaja bangun dari tidur.

Kelebihan BVSM


 Penggunaan secara istiqamah mampu 

Ø Meningkatkan metabolism
Ø Mengaktifkan fungsi2 sel
Ø Menggalakkan peredaran darah
Ø Meningkatkan pertahanan badan dan memeperbaiki system imun
Ø Meningkatkan tahap medan tenaga
Ø Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
Ø Memulihkan tenaga , memeperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
Ø Bersemangat dan bertenaga
Ø Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
Ø Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi2 fizikal
Ø Melegakan fungsi jantung
Ø Melegakan kepenatan dan kesakitan
Ø Meransangkan dan menyelaraskan system saraf autonomic
Ø Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

Testimoni BVSM

Panjang sangat dah cerita tentang BVSM ni. Kesimpulannya, BVSM esuai untuk semua lapisan umur TERUTAMA untuk mereka yang tak suka nak telan ubat, orang tua yang dah imun dengan ubat-ubatan. Insyaallah ini ikhtiar yang saya syorkan. Semoga bermanfaat buat anda.

Tentang harga, setakat ini masih kekal RM 1488.00 seunit. Boleh ambil secara tunai ataupun melalui ansuran mudah atau kredit kad.

Mahal ke??
Nak sihat memanglah ada harganya. Kata orang mencegah lebih baik dari merawat. Masa sihat kenalah jaga, Esok2 dah masuk hospital sepanjang masa, baru nak termenung... Eh, rawatan bil perubatan sekarang lagi mahal jika dibandingkan dengan harga BVSM ni. Iye dop? Hehehe...

Hubungi saya jika anda berkenan nak dapatkan BVSM ni ye. Saya berikan plan pembayaran terbaik sesuai buat anda disamping HADIAH PERCUMA yang eksklusif!!

Jumpa lagi

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Thursday, 26 January 2017

Novel : Bila Playboy Jatuh Cinta

Gambar rabbit gitew...kikiki

Novel:Bila Playboy Jatuh cinta


Jumlah Muka Surat: 616
Berat (Kg): 0.49
===========================
Hanya kerana sejumlah wang, Sarah terpaksa dinikah dengan Ziyad, lelaki yang menhadi pujaan hati adiknya, Mira. Tidak rela bernikah dengan lelaki itu, Sarah nekad melarikan diri mengikut Soffiya ke Kuala Lumpur.

Namun, pertemuan dengan Fattah telah mengacau-bilaukan hidup Sarah. Labih haru lagi playboy itu adalah kekasih hati Soffiya. Tindakan Sarah mendedahkan sikap sebenar Fattah telah menyebabkan dia dihalau.
Rentetan dengan itu, satu insiden telah menyebabkan Sarah dan Fattah disatukan sebagai suami isteri. Namun, hubungan yang mula berputik bahagia diduga apabila Ziyad kembali menagih kasih.

Dapatkah rumah tangga Sarah dan Fattah bertahan sehingga ke penghujungnya? Di manakah letaknya secebis bahagia yang Sarah nantikan itu?

“Kat mana-mana pun awak pergi, kita akan jumpa balik. Awak tak rasa ke yang itu menandakan jodoh kita kuat?” - Fattah
“Jodoh? Dengan dia ni? Oh, tidakkk!!!” - Sarah

Link:
Bila Playboy Jatuh Cinta <<  Klik untuk ke website pembelian secara online

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Wednesday, 25 January 2017

Novel : Date Me

Assalamualaikum..

Hahaha.. pelik tak hari ni saya menulis lagi? Macam rajin la pulak ye.. Sebenarnya saya berazam nak menulis setiap hari, tapi kekangan masa melebihi segalanya. Ewahh.. macam sibuk sangat kan? Akhirnya saya dapat idea untuk mengaktifkan blog ini.. iaitu dengan perkongsian novel2 dipasaran. Ini bukan review ye. Saya kongsi sahaja a.k.a copy &paste. hehehe... Mana tahu kot2 ada yang berkenan, boleh la cari dipasaran. Boleh ya? Bila senang-senang saya pula menulis. Semoga bermanfaat dan selamat membaca!


Cover Novel Date Me. Nampak menarik kan?

Novel: DATE ME

Jumlah Muka Surat: 684
Berat (Kg): 0.53


“Let’s go on a date for ten times. Kalau kita serasi, kita boleh teruskan. Kalau tak, kita boleh buat hal masing-masing. And in case you terjatuh hati dengan lelaki lain sebelum date kita yang kesepuluh, I boleh tarik diri.” - Ed

Sepuluh kali date. Itu yang Ed minta daripada Kaysa Adara. Gadis yang dia pilih untuk dijadikan ‘tangga’ bagi mencapai matlamat hidupnya. Secebis rasa sayang mahupun cinta pun tiada dalam dirinya. Yang ada, hanyalah perasaan bersalah dan ragu-ragu kerana terpaksa mempergunakan gadis itu.

Hubungan mula terjalin. Kaysa Adara dilayan sebaik mungkin. Dia cuba untuk tidak melukakan gadis itu. Dia bukanlah seorang yang kejam. Dia tahu apa yang dia lakukan itu kejam tetapi dia cuba untuk tidak bertindak lebih kejam.


Tanpa sedar, hati mula terpaut pada gadis itu. Sikap Kaysa Adara yang bersahaja dan sesekali manja dengannya membuatkan hati Ed yang selama ini dingin dan beku mula disapa rasa bahagia. Ed mula dihimpit rasa bersalah dek rancangannya. Tidak mahu meneruskan hubungan yang berlandaskan tipu muslihat, lelaki itu memutuskan untuk melepaskan Kaysa Adara dengan membongkar rahsianya sendiri. Gadis itu perlu tahu siapa dia yang sebenarnya dan juga motifnya selama ini.

“Do you think we can create a happy ending?” – Kaysa Adara
“This is our happy ending.” – Ed
“Maksud you, ‘separation’ is our happy ending? I tak rasa macam tu. I rasa ‘together’ is our happy ending.” – Kaysa Adara


Walaupun Kaysa Adara sudah tahu Ed mempergunakannya, dia tetap ingin bersama dengan Ed. Dia faham kenapa Ed menjadikan dirinya sebagai tangga untuk mencapai matlamat lelaki itu. Dia faham apa yang Ed terpaksa lalui. Sedikit rasa marah pun tidak ada. Dia cuma terkilan kerana selama ini dia fikir lelaki itu benar-benar menyintainya.

Mampukah Ed dan Kaysa Adara mencipta happy ending untuk kisah mereka?

Link: Date Me <<< Klik untuk ke website pembelian secara online

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149


Tuesday, 24 January 2017

Merawat Penyakit dengan Berpuasa

Assalamualaikum bersalam mesra,
Lafaz Bismillah pembuka bicara.

Hai semua, selamat bertemu lagi. Saya sedang membelek sebuah majalah kesihatan yang terdapat di pejabat. Keluaran pertengahan bulan tahun 2016. Orang kata dah agak berhabuk. Hehehe.. Habuk tak habuk, yang penting dalamnya penuh ilmu. Iye tak? Topik yang agak menarik perhatian saya dan insyaAllah menarik dan bermanfaat untuk tatapan rakan-rakan semua. 

Rukun Islam dan rukun Iman

Puasa: Masa untuk Tubuh 'Bercuti'


Seperti yang kita tahu, puasa adalah dengan cara menahan diri daripada makan dan minum. Bagi umat Islam, sejak kecil kita diajar untuk berpuasa sebagai latihan untuk menjalani rukun Islam ke-3 apabila sudah akil baligh kelak. Tapi adakah kita faham tentang hikmah berpuasa? Selain daripada memberi keinsafan dalam diri, berpuasa juga memberi ruang dan peluang kepada organ-organ dalaman kita untuk berehat. Tahu kan? Tapi kebanyakkan orang sekarang ni, bagi peluang siang hari aje, malam hari double triple organ kena kerja. Setuju tak? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Dalam majalah yang saya baca ni, ada disebutkan sebuah buku yang mengupas kuasa penyembuhan diri sendiri dengan berpuasa. Buku "Fasting & Eating for Health : A Medical Doctor's Program for Conqueering Disease" oleh Dr. Joel Fuhrman. Tulisan tersebut bermula dengan cerita sebenar yang dihadapi oleh beliau sendiri. Kalau sesiapa rajin menelaah, sila cari buku tersebut ya. (Saya pun tak baca lagi). 

Penyakit sembuh dengan berpuasa?


Petikan iSihat
Dikalangan pengamal perubatan, berpuasa ialah dengan cara menhana diri daripada makan dan minum (kecuali air) secara sukarela, asalkan simpanann nutrien dalam tubuh mencukupi untuk mengekalkan fungsi normal tubuh. Ia berkesan kerana tubuh memiliki keupayaan untuk sembuh apabila halangan untuk penyembuhan dialihkan. Ini kerana setiap kali makan, kita bukan sahaja mendapat nutrien tetapi turut menyerap bahan tambahan dan toksin. Jadi, apabila berpuasa, kita akan memberi kelegaan kepada tubuh dengan menyekat masuk tambahan toksin dan bahan buangan lain. Tubuh akan lebih mudah memproses bahan makanan dan buangan sedia ada tanpa bebanan ekstra. 

Subhanallah.. Beruntung sebagai umat Islam kita diperintahkan berpuasa sebulan setiap tahun. Inilah hikmah yang Allah bagi.

iSihat Julai 2016

Macam mana nak mula berpuasa?

Ramai yang rasa takut bila disuruh berpuasa. Terbayang di kepala masing-masing kelazatan makanan yang harus ditinggalkan pada hari tersebut. Rasa rugi puasa terutama rakan pejabat jamu kek coklat pada hari kita berpuasa. Alahai...

Untuk mulakan misi berpuasa, saya sarankan anda mula mengurangkan jumlah makanan harian anda. bukan jumlah kekerapan ya, kuantiti hidangan yang perlu dikurangkan. Lebihkan minum air kosong dalam usaha membiasakan diri dengan pengurangan pengambilan makanan. Untuk mereka yang tiada masalah untuk berpuasa, anda boleh mulakan misi berpuasa. Pastikan bangun sahur bagi memastikan anda mendapat nutrisi walaupun sedang berpuasa. Dan pastikan berbuka dengan hidangan yang biasa-biasa. Bukan yang luar biasa sangat. Hehehe..

Okaylah, rasanya anda dah faham tentang apa yang saya nak sampaikan kali ini. Kalau tak faham, boleh cari majalah iSihat keluaran Julai 2016 atau cari buku hasil tulisan Dr.Fuhrman tadi. InsyaAllah akan membantu. 

Saya nak mula berpuasa minggu hadapan, ada sesiapa nak turut serta? 


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149