Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Thursday, 3 December 2015

Sarang hae!!

Assalamualaikum,

Amat bersawang blog ku ini. Harap masih ada yang sudi menjengah lagi ke blog kusamku.

Kenapa tajuknya "Sarang hae" pula kali ini? Asalnya nak letak bersarang blog ni, alih-alih terjadi "sarang hae". Inilah gara-gara saya terjebak mengikuti siri realiti Korea "Runningman" yang popular suatu masa dulu. Sekarang mungkin dah tak ramai yang setia menonton rancangan mereka. Saya adalah antara orang yang lewat mengikut rancangan realiti ini. Orang dah tak musim, saya baru nak mula.hehehe...

Oh ya, esok saya ada Kembara Ilmu yang perlu dihadiri. Ada tak yang nak tahu tentang kembara ilmu saya kali ini? InsyaAllah, saya akan kongsikan sebaik sahaja sesi kembara selesai. Harap ada kekuatan untuk menulis. Doakan kerajinan saya kembali ya. 😀

Sampai jumpa!

Wednesday, 23 September 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum,

Mood raya kembali lagi!! Alhamdulillah, Aidil Adha akan menjelang esok. Tak sabar nak beraya. Terbayang-bayang pula ketupat, rendang, kuah kacang dan sebagainya.Kecur dan berkeroncong perut jadi nya.hehe..


Puasa Sunat Arafah



Eh, hari ini saya berpuasa sunat Arafah. Salah satu puasa sunat yang ramai umat Islam nantikan. Apa itu puasa sunat Arafah? Puasa sunat Arafah ini merupakan puasa sempena ibadah wukuf yang dilakukan oleh jemaah haji menjelang tanggal 10 Zulhijjah keesokkannya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang puasa sunat Arafah dan niatnya, boleh klik >> DISINI

Patutlah perut keroncong, puasa rupanya.hehe...

Jom intai-intai menu untuk esok.. survey dan request kat mummy, best kan?hehe..

Menu impian Aidil Adha

Dah setting baikkk



Makanan raya orang lain...ni pinjam je..kikiki...

Seronoknya bila fikirkan esok bakal menjamu juadah macam gambar atas tu. Nampak macam melampau tak?hehe..

Dikesempatan ini, saya nak ucapkan selamat hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Aidil Adha tahun ini dapat memberi kesedaran dan pengertian yang mendalam buat kita semua. InsyaAllah..



Salam Mesra,
 Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149

Thursday, 17 September 2015

Resepi : Nutella Cheesecake paling simple

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Semoga semunya sihat sejahtera dan bergembira disamping mereka yang tersayang.

Hari ini, pagi-pagi lagi saya tertengok satu resepi yang agak senang (nampak senang) di facebook. Sekali pandang terus terpikat dan akhirnya saya cari resepi tersebut di website berkenaan. Bila dah jumpe, teruslah saya nak tepek di sini untuk rujukan bila nak buat nanti. hehe..

Jemput tengok ye. Mana tahu ada yang berminat.



Mudah kan? Okaylah untuk orang yang tak reti sangat memasak macam saya ni. hehe..Selamat mencuba!!

Salam Mesra,
Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149

Saturday, 1 August 2015

Kembara Hari Raya 1436H bersama Malindo

Assalamualaikum,

Kembali setelah bercuti lama. 10 hari je, lama ke?hehe..Tahun ini giliran saya beraya di kampung suami iaitu Pulau Pinang dan Kedah. Kalau nak tahu, beraya di sebelah utara ni "lain" sikit dengan orang selatan nu.. Salah satu kelainannya ialah kesesakan jalan raya. Masih dalam ingatan saya apabila kami berkenderaan selama 12 jam daripada Pulau Pinang ke Kuala Lumpur! Memang agak memberi kesan dalam hati saya.hehe..

Jadi untuk elakkan perkara yang sama berulang, tahun ini kami balik kampung dengan menaiki kenderaan udara.kali ini dengan kapal singa a.k.a Malindo Air hehe.. tiket saya beli awal-awal lagi, lebih kurang 6 bulan awal untuk dapatkan harga yang agak berbaloi. Dan kami juga buat rancangan awal tentang tempat meletak kenderaan (yang akan ditinggalkan sementara bercuti) dan juga bajet lain yang diperlukan semasa "kembara" ini. Antara bajet yang terlibat adalah sebagimana senarai dibawah:-

1. Tiket kapal terbang KL-Penang-KL untuk 2 orang = RM 243.00
2. Bayaran Letak Kenderaan (Putrajaya Sentral) = RM 4.00 x 6hari
3. Bayaran KLIA Transit ke KLIA2 = RM 6.20 x 2 hala x 2 orang
4. Duit minyak kereta kat penang = RM 100 (kongsi ngan adik)
Jumlah = RM 391.80 (kos perjalanan kami tahun ini)

Jimat kan sangat dan tidak perlu tempuh kesesakan jalan raya macam 2 tahun lepas. Selepas ni kami akan cuba ETS pula. InsyaAllah..

Tiba masanya saya berkongsi sedikit gambar kenangan raya kami tahun ini. Sampai jumpa lagi..

Kami di Hari Raya Pertama

Ni Hari Raya Kedua pula

Performance Drink tak pernah dilupakan
 
Mi Rebus Mak Mertuaku yang mabeles!!

Coconut Shake? Hahaha...ni di Melaka, singgah dalam perjalanan balik ke JB


Salam Mesra,
Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149

Tuesday, 30 June 2015

Tamar Cocoa Minuman Berkhasiat

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan buat semua pembaca. Pejam celik kita sudahpun menunaikan ibadah puasa masuk hari yang ke-13. Alhamdulillah, puasa tahun ini dipermudahkan.

Oh ya, ibadah puasa saya tahun ini tidak pernah tinggal dengan khasiat tamar. Sesungguhnya, sunnah Rasulullah s.a.w menyarankan agar kita berbuka dengan 3 biji buah tamar sebelum menjamah makanan lain. Nak tahu kenapa?

Tamar(kurma) adalah sejenis tumbuhan palma atau bahasa saintifiknya, Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada masak atau mentah.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8% hingga 2.0%, serat 2.0% hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50% hingga 57% glukosa. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. 

Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. 

Ia juga memiliki kadar potasium dua kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang dan membantu mencegah pelbagai penyakit.  

Sabda Rasullullah SAW, “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”
(Riwayat Imam Bukhari).   
(kredit to : http://www.tamarcocoa.biz/)

Bungkusan Tamar Cocoa (900 gram atau 20 sachet)










Selain buah tamar, saya juga mengamalkan minumna berkahsiat Tamar Cocoa. Kalau nak tahu saya merupakan penggemar coklat, jadi minuman harian saya pastilah Milo. Tetapi atas kesedaran untuk mengangkat produk keluaran Bumiputera, saya mengambil keputusan untuk mengamalkan Tamar Cocoa. Tamar Cocoa ni minuman 4 dalm 1, jadi untuk menikmatinya, anda tidak perlu menambah gula atau susu. tuang 1-2 sudu ke dalam secawan air panas, bancuh dan minum. Mudah kan?


Sedap kan Tamar Cocoa ni?


Okey, setakat ini sahaja post kali ini. Kalau ada sesiapa nak cuba Tamar Cocoa ni, boleh sahaja hubungi saya ya. saya akan bagi 1 pek trial untuk anda yang komen di entri ini. :)


Salam Mesra, Hanina Sulaiman (ID: 888945) 0194725475/0193010149