Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Tuesday, 27 March 2018

Perth... apa yang ada?

Assalamualaikum,

Hai semua. Ingat tak hari tu CN ada up entri pasal trip ke Perth? Ala, yang ni >>  KLIK2... Ha, kali ni CN nak bagi bagi info pasal tempat lawatan yang menariki kat Perth nu. Pasti ramai yang nak tau kan? Apa lagi, meh le kite...

Apa yang ada kat bandar Perth ni? Ha, jangan tak tau, kat bandar Perth ni ada bangunan cantik2 tau. Kalau senja, lampu kelap kelip menghiasi jalan. Sangat cantik untuk ambil gambar. Antara tempat yang dicadangkan adalah:-

Bell Tower

Merupakan tempat wajib pergi jika anda ke Perth kerana ia merupakan antara land mark bandar Perth. Bell Tower ni merupakan alat instrumen muzikal gergasi yang terdiri daripada 26 loceng carillon. Loceng-loceng di menara ni bukan sebarang loceng tau! Ia boleh menghasilkan irama lagu-lagu terkenal dan kebangsaan Australia. Wow. Sambil-sambil mendengar alunan irama loceng-loceng carillon ni, anda juga boleh menikmati pemandangan indah bandar Perth di tingkat 6 menara.


Kings Park

Taman dalam bandar Perth ni merupakan antara taman yang terbesar dan terindah di dunia tau. Dibuka kepada umum dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang, isnin-jumaat dan ditutup pada hujung minggu. Boleh lah bawa family atau kawan-kawan berkelah di sini. Kings Park & Botanical Garden menempatkan lebih daripada 3000 jenis flora yang unik dan 3/4 dari 400 hektar (keluasan taman) telah dipelihara sebagai tempat pemuliharaan kepelbagaian biologi. Well done Australia government atas effort yang bersungguh-sungguh memulihara alam sekitar. 


Watertown Brand Outlet

Heaven untuk kaki shopping, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di Watertown Brand outlet! Ada berpuluh outlet barangan berjenama yang boleh anda masuk di sini, harga nya for sure lebih murah berbanding di kedai-kedai dan shopping mall di luar. Anda boleh pilih apa je barang yang anda nak, dari outlet yang mejual buku, games, hand bag, pakaian, kasut, hadiah, barangan rumah, hingga barang kemas dan barangan kecantikan.


Caversham Farm Show

Ni adalah tempat wajib singgah kalau anda suka sangaat nak jumpa kangaroo, koala, wombat, penguin dan haiwan-haiwan lain yang super cute. Banyak aktiviti menarik di sini tau! Anda boleh join farm show, Molly farm, bermesra dengan wombats, bergambar dengan koala dan bagi makan kangaroo. Semua show, pengalaman interaktif, peluang bergambar dan beri makan haiwan di sini telah termasuk dalam harga tiket masuk.


Fremantle

Rasanya Fremantle antara tempat yang sering jadi sebutan pelancong. Bukan apa, di sini sahaja banyak tempat yang boleh dicover untuk jalan2. Dan jang terkejut, tempat paling orang suka kunjungi adalah pasarnya! Pasar ini terletak berhampiran dengan Pelabuhan Fremantle. Banyak terdapat kedai-kedai yang menjual makanan, barang basah, aksesori dan kraftangan tempatan. Kira2 ni tempat shopping la jugak.

Selain pasar Fremantle, korang juga boleh lawat 
- Monument Hill 
- Fremantle Prison 
- EShed Market  
- Kailis Fish and chips (Tempat makan Halal) 

Nota: Fremantle Market & EShed Market hanya buka pada Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja ya. Jangan beli tiket yang tak kena hari pulak. Nyosal u...


Makanan kat Kailis Fish & Chips.. huwaaaa nak rasa!!

Tempat lain yang korang boleh lawat adalah The Margaret River Chocolate & The House of Haney. Ni tempat shopping yang mengenyangkan sebab tester sampai kenyang. Ada yang kata makanlah sampai lobam. Tak beli pun takpe katanye... kikiki..

House of Honey

The Margaret River Chocolate

Blue Boat House ni pun orang Malaysia suka. Siap bertur panjang nak amik gambar. kikiki

Seronok tak CN dah ajak makan angin ni? Nak lagi seronok, jom la kita terbang ke Perth dan rasai sendiri keseronokkan sendiri. Nak detail trip yang CN buat, sila2lah roger CN. Don't shy2.. 

P/s: Kalau join trip CN, tempat2 ni dah cover tau. Ada jugak yang CN tak masukkan. banyak nau...


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday, 23 March 2018

Pakej Cuti Murah 2019: Perth 5H4M RM 2599

Assalamualaikum,

Hai semua, lama gila CN tak update entri, acah2 sibuk la kan?hehehe.. Otak pun dah beku, nak kongsi banyak sebenarnya tapi mood menulis belum mali... Jadi CN share pasal trip lagi la ye.

Kali ni CN kongsi pasal trip ke Perth pula. Tau Perth ni kat mana? Okay, CN bagi link sikit... Jemputlah layan website WIKI ni ya. Nak terang banyak2 pun, CN pun tak tahu. Yang penting Perth ni terletak kat Australia.

Perasan tak kat timeline FB uolls ramai aje kawan2 pergi bercuti ke Perth? Atau macam pernah aje dengar pasal kawan2 ajak ke sana? Jangan tak percaya, bos company travel CN cakap, Perth adalah tempat yang ramai sangat orang Malaysia pergi melancong. Mungkin sebab pakej yang ditawarkan sangat murah (berbanding negara lain). Eh, iye ke murah? Sambung layan..


Pakej Perth 5H4M 2019 

Pakej Perth ni CN memang recomended untuk family trip sebab sangat sesuai yang menggunakan private transport & penginapan berada di tengah2 bandar Perth. Kiranya dari baby sampailah ke warga emas memang boleh ON. Best kan?

HARGA PAKEJ

Dewasa : RM 2599.00/pax
Kanak-Kanak : RM 2399.00/pax (06-12 tahun)
Kanak-Kanak : RM 1999.00/pax (02-06 tahun)
Bayi : RM 500.00/pax

Booking : Deposit RM 300.00/pax sahaja

HARGA PAKEJ TERMASUK

1. Tiket Penerbangan KL - PERTH (return)
2. Apartment ( 4 org 1 apartment ) - Satu Apartment ada 2 Bilik
3. Visa
4. Transport
5. Tourist Guide
6. Tiket Caversham Wildlife Park

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Bagasi Pergi dan Balik
2. Insurans Travelling
3. Perbelanjaan Peribadi
4. Makan (nak siap makanan boleh, tambah RM 300/pax)
   - 4 X Dinner
   - 3 X Lunch  (inclusive Kailis Fish n Chips)
5. Tipping Driver $10 Dollar
6. Tiket masuk lawatan (bergantung kepada tentatif - mengikut bulan)
    - Tentatif A - Petik Buah ($23) - Januari hingga April
    - Tentatif B - Lawatan Ke Tulip ($15) - Ogos hingga Oktober
    - Tentatif C - Lawatan Ke Pinnacle ($10) - November hingga Disember

Tarikh yang kami tawarkan. Nak book kena check dulu ya. Kot2 la dah full...

Macam mana, murah tak? Hehehe.. Kalau berminat boleh contact CN ya. InsyaAllah yang terbaik untuk uolls. Detail CN akan letak next entri ;)

Nak booking, nak tanya2, sila klik link whatApps >> CHEGUNINA


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Thursday, 1 February 2018

PAKEJ BANDUNG with FLIGHT TIKET 4H3M 2018 RM 699!

Assalamualaikum,

Hai, selamat pagi semua. Pejam celik dah masuk bulan Februari dah kita kan? Cepat sahaja masa berlalu. Benar ada seorang kawan CN cakap dulu, umur kita ni nak menjejak ke angka 40 cepat aje tau. Berdesupppp.. eh, dah 40 dah. Hehehe..

Sempena masuk bulan baru ni, bos CN baik hati buat promosi trip ke Bandung. Khusus mereka yang nak buat cuti2 Indonesia bulan Julai & Ogos aje..

PAKEJ BANDUNG with FLIGHT TIKET 4H3M 2018



TARIKH
16 - 19 Julai 2018
30 Julai - 2 Ogos 2018
6  - 9 Ogos 2018

HARGA PAKEJ

DEWASA : RM699/PAX (7 THN DAN KEATAS)
KANAK KANAK :RM530/PAX (03-07 TAHUN)
KANAK KANAK :RM400/PAX (02-03 TAHUN)
BABY : RM200/PAX (BAWAH 2 TAHUN)

BOOKING : DEPOSIT RM400/ORG

HARGA PAKEJ TERMASUK :
.
1. TIKET PENERBANGAN MALINDO ( PERGI DAN BALIK)
2. BAGASI 25KG ( PERGI DAN BALIK)
3. PENGINAPAN 3 MALAM

Hotel New Moonlight
Hyper Inn
Hotel Mine Home Jln Cihampelas
Atau Setaraf . Bergantung Pada Kekosongan Hotel . Hotel- hotel ini 1 bintang By Agoda

4. TRANSPORTATION
Berhawa Dingin + Driver Cum Guide + Minyak + Parking + Tipping Fees ( Ikhlas Customer)

5. SARAPAN PAGI
Sarapan Halal Di Hotel didiami

6. AIRPORT TRANSFER
Anda akan disambut dgn Signage CARAVANSERAI HOLIDAYS

7. TOUR TO TOURIST SPOT
Lawatan termasuk Shopping, Kawah Putih dan2 lain tempat bergantung pada trafic dan masa.

HARGA TIDAK MASUK:

1. Duit poket/shopping
2. Makan tengahari dan malam
3. Tiket masuk ke tempat2 lawatan -jika nak masuk
4. Insuran diri, self srvice -jika nak
5. Aiport tax- jika shopping banyak2 mungkin kena tau

Macam mana, murah tak? Hehehe.. Kalau berminat boleh contact CN ya. InsyaAllah yang terbaik untuk uolls. Detail CN akan letak next entri ;)

Nak booking, nak tanya2, sila klik link whatApps >> CHEGUNINA

PS: Promo ni sehingga 03 Februari 2018 shj. Lepas tu CN offer ground pakej je tau.

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday, 19 January 2018

Trip CN : Ke Bandung Kita 4H3M (Part 3)

Assalamualaikum

Hello2... Lama tak dengar berita kan? Hehehe... Ni CN nak sambung pasrt 3 ni, ada sudi nak baca dop? ;) Jom layan!!

Hari Ketiga ni, cadangan nak bershopping aje.
- Pasar Baru Trade Centre
- Kartika Sari
- Makan
(Eh, sikit kan? Nanti CN cerita pesal)

Pasar Baru Trade Centre

 

Suasana di Pasar Baru

Hari ketiga, kami teruskan lawatan untuk bershopping. Pada mulanya Mak & Pak Mertua CN takmau shopping2. Nak jalan2 aje. Tapi memandangkan cuaca asyik hujan, terpaksalah mereka masuk ke shopping complex. hihihi... Hah, kat sinilah bermula kesedihan melanda CN. Sob..sob..sob...

Uolls ingat tak entri CN sebelum ni? Ala, yang CN cakap gi Rumah Sulam Pxxxxx (RSP) tu... Yang CN kata harga beza angat tu... Tak ingat Klik ni >>

Uools nak tahu, kain sulam yang macam kat gambar tu, kat RSP IDR 200k, kat Pasar Baru ni hanya IDR 150k. Telekung SK kat RSP IDR 250k, kat Pasar Baru hanya IDR 120k. Material? Corak? Semua sama. Huwaaaaa... Bayangkan kami memborong hari sebelum tu berapa banyak? Boleh jimat banyak tau. Huwaaaaaa lagi sekali. Bertabahlah CN.. (En.suami pun tersenyum2 kelat tengok. Hahaha...)

Kat Pasar Baru ni best, macam2 ada. Ada kain pasang, kain sulam, segala kain, telekung, tshirt, souvenir, kerepek bagai, insyaAllah ada & harga murah. Kalau tahun dulu CN pergi sana jalan sendiri aje. Takde orang bawak. Kali ni, Pasar Baru dah siapkan tourist guide mereka. Jadinya tiada isu pencopet, isu kena tipu, isu harga mahal. Lagi best, tour guide mereka akan bawak ikut kehendak kita. Info kedai mana murah, kedai mana bagus, harga paling berpatutan berapa, kalau ditawarkan harga begini, sila tolak. Nanti akan dibawa ke kedai yang berpatutan. Bayangkan key chain 10pcs, CN boleh dapat IDR 10k aje (RM 3), berbanding beli kat luar 30pcs IDR 100k. Wakakakaka...

Memang best la. Thumbs up atas usaha pengurusan Pasar Baru untuk menaikan nama mereka. Then, makan time!

Kartika Sari


Ni lah Bolen. Nampak cam biasa je kan? Tapi sedap tau


Bagelen ni pun sodap. Recommended!
Mula2 mak mertua CN tak mau datang sini, sebab katanya kedai kek biasa. Tapi disebabkan kami banyak masa, iyelah kan seharian nak shopping apa aje kan. Jadinya belah petang CN dapat juga jejak Kartika Sari. Kami suami isteri memang dah ada target (walaupun dalam kocek dah takde duit IDR, sanggup loan ;)

Apa yang best kat Kartika Sari ni?
- Bolean
- Brownies

Yang mana satu best? Ala, yang ni CN tak reti jawab, sebab semua sedap dan unik. Uolls kalau pegi, beli la sorang sikit buat rasa. Bukan senang nak dapat tau. Kat Malaysia takde. Hehehe...

Ayam Penyet Delivery


Cantik kan pacaking diorang?
Hah, jangan tak tau. Kat Bandung ni pun boleh buat order delivery tau. Makan terakhir kami di Kota Bandung, masing2 dah penat balik shopping. Awal kami balik hari tu, seingat CN sekitar jam 5 dah start memerap dalam hotel. Kemas2 apa yang patut Mak Mer kata. I follow aje la. kikikiki...

Ni isi paket tu..

Jadi makan macam mana? Dah la hotel tu jauh dari tempat2 makan. Ada yang dekat tapi sebab hujan & ada budak kecil, susah juga la nak melangkah kan.. Akhirnya Miftah (supir) bagi option paling best. Katanya, delivery aja buk. Eh, bisa ya? Dan malam itu kami makan bungkus saja. Order dibantu oleh Miftah. Hehehe.. Ni la bentuk kotak makanan mereka. Nak kemas & rasanya memang syiok. Harga lagi lah murah. Jimaattt ya ampun berbanding makan di restoran. kikikiki...

Baiklah, cerita cuti2 di Bandung sudah tamat. Esoknya, pagi2 kami dah terbang balik ke Malaysia. Singkat sangat percutian kali ini tapi sangat memberi kenangan yang indah buat CN & family sebelah suami. InsyaAllah ada rezeki kita fly2 lagi. ;)


Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Tuesday, 9 January 2018

Bangkok 5H4M - Misi Memburu Bunga Matahari

Assalamualaikum semua,

Hi, jumpa lagi ngan CN yang comel ni. Mesti tak sabar nak tengok entri baru kan? Hehehe... (perasan tak sudah). Kali ni, CN nak cerita pasal pakej trip makan angin ke Bangkok.Hm, CN ada bagitau ke yang CN dah jadi freelance travel agent?

Kalau dah, okaylah. Kalau belum... CN bagitau lagi sekali lah. CN sekarang dah join team agen jual pakej trip. Ni yang sah lagi sahih tau. InsyaAllah tidak menipu & memperdajal orang. CN join team CaravanSerai Holiday. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal trip yang kami buat, boleh je jengah FB Caravanserai atau alternatif FB CN >> FB CheNa atau Instagram >> CheNa Insta. Apapun, jom terjah pakej gila2 berbaloi ni. ;)

TRIP BANGKOK 5H4M - MISI MEMBURU BUNGA MATAHARI


Promo ni sehingga 31.01.2018 / seat habis ya. Lepas ni harga normal


Promo Valid Untill 31 Jan 2018

Harga Pakej  :
RM 1499 (NP: RM1599) - Dewasa (6 tahun ke atas)
RM 1199 (3-5++ Tahun)
RM 699 (2++ Tahun)
🏻RM 200 (2 Tahun kebawah)

Syarat:
Deposit : RM200 /pax
(5 Bulan sebelum Trip Wajib Bayar 50%)
1 Bulan sebelum Trip Full Payment

Tarikh pilihan kami adalah hujung tahu. Selain cuti sekolah, ni adalah musim nak tengok bunga Matahari
24-28 Nov 2018
Floating Market Damnoen Saduak
29 Nov - 03 Dec 2018
05-09 Dec 2018
12-16 Dec 2018

Pakej Termasuk
Tiket Penerbangan AirAsia Return
Pengangkutan Sepanjang Trip (VIP Van)
Hotel 4 Malam
Tiket Lawatan
Makan sepanjang Trip (Sebagaimana itineri)
Cruise di Aseatique

Pakej Tidak Termasuk
Bagasi
Travelling Insurans

Tentatif Program kalau nak, boleh request kat CN ya. Nak emel boleh, nak wasap pun boleh. Nak respon pantas, kilk >>CHEGUNINA.

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149