Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Tuesday, 19 July 2022

Salam Lebaran : Hari Raya Qurban 1443H

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, berlalu sudah hari raya qurban tahun ini. Macam mana hari raya korang tahun ni? Mesti lagi seronok dah meriah daripada raya PKP kan. Hehehe..



CN tahun ni nak kata meriah, boleh la berbanding 2 tahun lalu. Tapi agak suram kerana ada ujian buat keluarga kami tahun ini. Pada hari raya ke-8, bapa mertua tiri CN telah dijemput Illahi. Masa tu CN ada di Selatan, dapat berita terus kami bergegas balik ke Utara. Agak kalut juga, namun apakan daya. Allah yang tentukan segalanya.

Manakala seminggu menjelang hari raya qurban pula, bapa mertua CN diuji dengan masalah kesihatan sehingga memerlukan pembedahan. Jadinya, raya biasa2 sahaja tahun ini. Tak apa lah, asal masih dikelilingi oleh ahli keluarga, itu dah cukup best untuk CN. Semoga hari2 korang lebih meriah & berbahagia disamping orang tersayang. InsyaAllah.



Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman 
SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 
Promosi Stock Clearence : https://t.me/TupperwareKatalogLatest

Friday, 8 April 2022

Ramadhan Era Endemik

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

Alhamdulillah sejak 1 April 2022 hari tu Malaysia telah beralih dari fasa pendemik ke fasa endemik. Bukan bermakna kita dah bebas dari C19 tu ya, tapi kita lebih "bebas" dari beberapa perkara. Pasti ramai gembira dengan berita ini. 


2 tahun umat Islam menjalani ibadah puasa & beraya di rumah tanpa ada orang lain di sekeliling. Hanya keluarga kecil menjadi peneman kita. Macam CN, kami beraya berdua sahaja bagi tempoh 2 tahun ni. Dah ala2 orang duduk oversea tau. Nasib baik la senang nak jumpa ketupat dan rendang. Sedar diri jugaklah masih berpijak di bumi Malaya ni. Hehe.. 



Dengan peralihan fasa ini, alhamdulillah kita dapat menunaikan terawih di masjid dan surau malah InsyaAllah akan dapat pulang beraya di kampung halaman. Dengan itu, CN nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa tahun ini. Rebut peluang beribadah yang kita terpaksa lepaskan 2 tahun lalu, sila "balas dendam" dengan hadirkan diri untuk berjemaah di masjid dan surau. Rebut juga peluang untuk bersedekah. Hulur sehari 1 slot sedekah juga boleh, ikutlah kemampuan kita. Yang penting niat & keikhlasan kita. ;)



Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman 
SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 
Promosi Stock Clearence : https://t.me/TupperwareKatalogLatest

Tuesday, 16 November 2021

November Tupperware Suprise Sale!!

Assalamualaikum semua. 

Malam tadi Tupperware start buat Suprise Sale. Untuk 2 hari saja. Saja CN nak share kat sini kot ada yang minat & sempat grab promo best ni. Cekidauttt!


Klik banner ni ;)









Ini link untuk buat pembelian ye: https://shop.tupperwarebrands.com.my/?ref=1268598

Kalau ada yang kurang faham atau terlepas promo, boleh wasap aje CN. Kalau ada rezeki, insyaAllah CN bagi ikut harga promo. 😎


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman 
SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 
Promosi Stock Clearence : https://t.me/TupperwareKatalogLatest

Wednesday, 21 July 2021

Ibadah Qurban di Luar Negara 1442H dengan EZ Qurban

Assalamualaikum, salam AidilAdha buat semua.

Bertemu lagi kita ya buat sekian kali. Nampak macam tak ramai je baca entri CN sebelum ni. Padan muka ko CN sebab lama tak jengah blog, sampai naik bersawang kan. Tak pe lah.. CN tulis je lagi. Info kali ni adalah tentang sambutan hari raya qurban. Baca tau...



Korang ada buat qurban tak tahun ni? Iye la, masing2 dalam musim pendemik ni memang payah nak buat qurban bukan saja kerana kekangan kewangan, malah peluang berkorban turut terjejas ekoran kekangan kuota ibadah qurban yang telah ditetapkan. Banyak kawasan sekitar yang dah tutup penyertaan awal. Orang kata lebih baik buat ibadah qurban kat tempat dimana kita bermastautin kan? Tapi dah tak boleh, kita buat mana yang mampu.

Tahun ini kita sekali lagi meghadap raya PKP, jadinya turut CN perasan kini semakin banyak syarikat yang mempromosikan ibadah qurban diluar negara. HAri-hari muncul di kaca TV. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Namun ada pula mengatakan, terlalu banyak pendaftaran untuk menyertai ibadah qurban luar negara sehingga penyertaan dalam negara menjadi sangat kurang. Betul juga, boleh kata dah berapa tahun CN tak terima daging qurban. Kiranya tak semua rumah dapat merasa, lebih2 lagi jika duduk di kawasan bandar. Malah ada persepsi lebih dahsyat mengatakan syarikat2 ini mengambil kesempatan dan keuntungan atas ibadah qurban yang dilaksanakan. Wallahualam.. CN hanya sangka baik dan segala yang buruk harap dijauhkan dari kita umat Islam di dunia.

Berbalik kepada cerita melaksanakan ibadah qurban ini, CN juga salah seorang yang melanggan ibadah qurban di luar negara. CN yakin dan percaya mereka membuat kerja mereka dengan ikhlas dan cuba yang terbaik untuk para pelanggan. Diam tak diam, tahun ini adalah tahun ketiga CN menyertai ibadah qurban di luar negara yang dilaksanakan melalui syarikat EZ Qurban. CN bukan nak promosi tau. Ini hanya review tidak berbayar tapi apa yang CN nak ceritakan ini mempunyai nilai sentimental buat CN sendiri.

Masih ingat tak CN pernah tulis sebelum ini tentang mummy CN yang telah kembali kepada penciptanya? Klik SINI jika lupa dah lupa. ;)  

Tahun yang sama iaitu 2018 adalah tahun pertama CN "berkenalan" dengan EZ Qurban ini. Jujur tau, CN memang tak pernah buat qurban sebelum itu. Entah macam mana tiba-tiba CN tergerak hati untuk mencari peluang melaksanakan ibadah qurban dengan niat nak hadiahkan buat mummy dan daddy. Tapi bila tengok 1 bahagian lembu di Malaysia paling murah RM 650, CN cuba cari yang di luar negara. Alhamdulillah, EZ Qurban tawarkan masa tu RM 290 sebahagian. Jadi CN keluarkan sedikit dari simpanan ASB untuk laksanakan ibadah qurban buat mereka. Masa daftar tu CN tak bagitau langsung kat mereka berdua (lupa sebenarnya. Hehe..). 

Nak dijadikan cerita, kebetulan tahun tersebut kami beraya di JB (belah CN), Malam raya tu jugak baru CN makluamkan kat mummy yang CN ada daftar qurban atas nama mereka. Mummy tiba-tiba jadi sebak sebab rupa-rupanya dia memang nak buat qurban tahun ini tapi simpanannya tak cukup. Kira-kira hajatnya tak kesampaian lah.. Kalau korang nak tahu, mummy dan daddy CN merupakan peniaga makanan suatu masa dulu, jadi simpanan memang lah tak banyak ditambah pula tiada KWSP & pencen. Alhamdulillah kami adik beradik dapat beri sorang sikit, itu lah mereka buat simpan & belanja jika kecemasan. Jadi faham-faham lah betapa payah nak kumpul duit untuk menunaikan qurban. 

Bila ditolak tambah darab bahagi, mummy ingatkan memang tahun tu tak dapatlah buat ibadah qurban. Dia sedih sangat. Tapi bila CN bagitau yang CN dah daftarkan untuk mereka, mummy happy sangat dan bersyukur kerana CN bantu capaikan hasratnya itu buat kali pertma dan terakhir. CN sendiri tak sangka itu adalah ibadah qurban mummy yang terakhir sebelum dijemput illahi. Semoga amalan2 mummy menjadi asbab kepada segala kebaikkan yang diterima disana. Aamiin..

Jadi ada yang bertanya kepada CN, adakah CN masih akan terus menyokong ibadah qurban di luar negara? YA. Kerana CN yakin masih ramai masyarakat kita yang "belum mampu" membayar harga qurban di dalam negara. Jadi biarlah mereka tetap menjalani ibadah qurban setakat yang mampu. Yang penting kita semua hendaklah pasang niat untuk melaksakana ibadah qurban di dalam Malaysia, di depan mata sendiri pada masa akan datang. InsyaAllah, jika sampai rezeki kita pasti Allah akan lorongkan kita untuk berbuat lebih baik dari yang sebelumnya.

Sampai jumpa lagi semua. Nanti CN cuba ceritakan perjalanan Qurban CN daftar tahun ni ye. Sekarang fasa tunggu kemaskini dari syarikat lagi. Biasanya proses lengkap dalam tempoh 2 bulan.


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman 
SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 

Monday, 12 July 2021

Ada Apa Dengan Air?

Bismillah…

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua. Hai, CN kembali menulis lagi. Topik hari ini adalah AIR. Topik yang nampak biasa2 tapi sangat penting. Iye la tu.. penting sangat ke? ☹ Jom kita renungkan kembali kenapa kita sebagai manusia, sebagai makhluk Allah yang bernyawa ni sangat bergantung kepada air.




Fakta tentang air. Anda pernah ambil tahu ke?

     1. Air berfungsi untuk mengawal & mengekalkan suhu dalam badan. Ia menghalang badan kering dan juga mencegah kerosakan sel badan. Tanpa air, perjalanan sistem tubuh badan kita tidak akan lancer. Pengaliran darah, pergerakan oksigen, sistem penyingkiran bahan kumuh, semua memerlukan air. Jadi Nampak tak pentingnya air tu?

       2. 70% dari badan kita terdiri daripada air? Ha, siapa tak tahu ni mesti masa subjek sains dulu dia cabut. Hahaha..

      3. Lagi hebat, hampir 70% permukaan bumi kesayangan kita ini adalah terdiri daripada air! MasyaAllah, nampak tak manusia & benda hidup yang Allah ciptakan ini sangat memerlukan air dalam kehidupan. 

      4. Manusia mampu hidup 8 minggu tanpa makanan, tetapi jika tiada air kita hanya mampu bertahan dalam tempoh 3 hari gais! 3 hari! Ini bukan auta tau, fakta dikeluarkan oleh University of Edinburgh.

Sebab itulah kita ni memerlukan sumber air yang bersih dan halal supaya dapat melindungi tubuh badan dari sebarang penyakit. Ya, bukan langsung tak akan sakit, tetapi kita ikhtiar. Kenapa perlu bersih & halal? Bersih untuk memastikan badan kita mendapat khasiat yang baik manakala halal adalah tuntutan syariat Islam. Mudahkan nak faham😉

 CN yakin ramai diantara kita telah memiliki penapis air dirumah kan? Tahniah kerana anda dah ambil langkah awal melindungi ahli isi rumah anda. Macam2 jenis & jenama ada masa sekarang ni. Buka FB, google semua macam2 anda boleh jumpa. Tapi anda pernah jumpa penapis air yang membekalkan air mineral? Ha, macam menarik kan? Next time CN share.

Macam biasa, roger2 aje CN kalau ada sebarang pertanyaan atau nak cari Tupperware best2. No fon ada kat bawah ye. ;)

Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman 
SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 
Link Whatapps: www.wasap.my/60193010149/tupperware 
Promosi Stock Clearence : https://t.me/TupperwareKatalogLatest