Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Friday, 19 December 2014

Melangkah ke Temuduga lagi!!

Assalamualaikum..

Agak lama juga saya menyepi. InsyaAllah saya cuba untuk istiqamah untuk post entri selepas ini.hehe..

Semalam saya baru sahaja selesai menghadiri temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di pusat SPA Johor Bahru. Tak sangka juga saya berjaya mendapat panggilan ini kerana pertama kali melepasi ujian online yang diadakan sebulan yang lalu.

Persediaan? Tidak banyak persediaan yang saya dapat lakukan kerana agak sibuk dengan kerjaya hakiki.(sebab itu juga blog ini tidak berpenghuni.hehe..) Berikut adalah persiapan yang saya lakukan:-

1. Kesihatan (Fizikal)
Bagi saya, setiap calon yang ingin hadiri temuduga perlu memastikan kesihatan diri mereka. Bagi saya, saya mengambil suplemen #Shaklee. Eh, bukan sebab saya ni tauke Shaklee, tapi disebabkan oleh kualitinya serta dijamin halal.sebab tu saya amalkan. Antara suplemen menjadi pilihan saya untuk melangkah ke hari temuduga ialah
a) Vitamin C Sustain Release - vitamin C ni untuk mencantikkan kulit, mencegah demam dan juga menaikkan mood saya.hehe..
b) B-Complex - ni juga penting. Sebab kehadirin vitamin b yang mencukupi membuatkan kita rasa lebih tenang dan ceria. Tak percaya, cubalah. ;)
c) Omega Guard - saya percaya omega 3 mampu menajamkan akal fikiran kita.oleh itu, Omega Guard adalah pilihan saya kerana ia mengandungi Omega-3, DHA & EPA. Hasilnya, sel2 otak akan berhubung dengan baik.hehe..

2. Asah minda (Mental)
Terus terang saya katakan, saya memang tidak sempat buat sebarang persiapan menjelang sesi temuduga jawatan supreme ini. Namun, pada saat2 akhir, saya telah buat carian di internet tentang pengalaman temuduga PTD. Sudah tentu tumpuan adalah blog! Mudah dan berinformasi. Terima kasih rakan2 blog ku..
Selain itu, untuk mendapat keyakinan diri sebelum melangkah ke kemuduga, saya akan bercakap di hadapan cermin. Buatlah mimik muka untuk anda tonjolkan semasa temuduga.cantik ke buruk, anda boleh aje tentukan.hehe..

3. Amalan  (Kerohanian)
Ini adalah wajib bagi seorang Islam dalam apa jua keadaan. Setiap perkara yang dilakukan pasti kembali kepadaNya. Antara amalan yang boleh dilakukan adalah solat hajat/tahajud, sedekah serta membahagiakan orang tua. InsyaAllah pasti berkat.

InsyaAllah, ini adalah beberapa tips ikhlas dari saya. Jika sesiapa nak cuba, dipersilakan dengan izin. ;)

Salam mesra,
Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149

No comments:

Post a Comment