Assalamualaikum..
Okay, kali ini saya nak berkongsi dengan anda tentang Kos Melepas. Apa itu Kos Melepas? Hehe..da macam kelas ekonomi pulak kan?
Kos Melepas adalah sesuatu yang kita lepaskan untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Contohnya, kita meninggalkan rancangan TV untuk menunaikan solat kerana jika bersolat, kita mendapat pahala.InsyaAllah kita akan mendapat ganjaran besar kelak. Itu contoh ye..
Berbalik kepada Kos Melepas, saya juga mempunyai suatu cerita yang ingin dikongsikan. Hari ini merupakan hari cuti dan saya perlu membantu mummy di warung kerana kakak saya tidak dapat membantunya hari ini. Jadi, saya perlu melepaskan waktu santai saya di rumah dengan membantu mummy. Pada mulanya saya agak merungut kerana ingin berehat dirumah, namun bila difikirkan bekerja sepenuh hati dan akhirnya saya mendapat sesuatu yang tidak dijangka.Nak tahu apa dia? ;)
Yang pertama, saya bertemu dengan seorang pelanggan yang ingin mendapatkan produk Shaklee. Saya subgguh tidak menyangka kerana biasanya orang luar (selain rakan2 saya) akan beli secara online, tetapi kali ini secara bersemuka. Alhamdulillah.. Dan yang kedua, saya menerima kunjungan mummy bisnes saya! Untuk pengetahuan, saya memang tak pernah bertemu dengan beliau.biasanya kami berhubung melalui telefon atau facebook sahaja. Alhamdulillah, Allah pertemukan kami walaupun sebentar. Tidak lupa, beliau juga titipkan saya sebuah buku dan juga kad ucapan yang cukup membakar semangat saya. Terharu sangat. ;)
Kini baru saya sedar, untuk mendapatkan sesuatu, kita perlukan Kos Melepas. Walaupun dengan sedikit pengorbanan, insyaAllah ia akan dibalas juga dengan kebaikan nanti. Perlu diingat, setiap perkara pasti ada hikmahnya.
Salam ceria,
Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149
Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149
No comments:
Post a Comment