Sebenarnya saya telahpun berjaya menjejakkan kaki ke IKEA Cheras minggu lepas. Sebelum ni tengok dari luar aje sebab tak rajin nak meronda. Tengok kawasannya yang luas pun dah malas nak turun berjalan. hehehe..
Pandangan dari jauh |
Sedar tak sedar, akhirnya saya tertewas juga. Kebetulan saya dan suami ada tugasan mengambil dan menghantar along saya dari KLIA ke Ampang di subuh hari, jadi kami pun mengambil kesempatan untuk berkunjung ke IKEA Cheras yang katanya lebih luas dari cawangan di Damansara. Seawal jam 9.30 pagi kami sudah sampai di lot parking IKEA. Semangat tak? Seronok sangat sebab masa tu kenderaan pun tak banyak lagi. Parking kosong habaq hang....
Sebaik masuk je ke dalam ruang pameran yang terletak di tingkat atas, mata masing-masing dah rambang. Benar berita dari mulut ke mulut, barangan di sini lebih menggoda dan mnggoyahkan iman! Ish, kalau ada duit terpijak ni, mau juga saya rembat set bilik tidur, ruang tamu dan dapur. kikikiki...
Memang luas IKEA Cheras ni. Sedar tak sedar, saya menghabiskan masa selama 4 jam di ruang pameran dan 30 minit di kaunter pembayaran. Agak-agak banyak tak kalori kami yang terbakar? Hehehe.. Memandangkan saya dan suami berkunjung ke sana dengan matlamat nak tengok-tengok aje, kami tak beli banyak barang pun.Beli barang-barang kecil sahaja. Dah jimat masa tak perlu ambil barang di rak besar.
Dalam banyak-banyak bahagian terdapat di IKEA ni, satu bahagian yang saya paling suka adalah jualan makanan (IKEA Bistro). Sedap dan murah!
Hanya RM 5.00 untuk Hot Dog + Karipap + Aiskrim + Kopi (refill) |
Ish...memang tak rugilah datang IKEA ni. Dapat berangan dengan barang-barang rumah yang cantik, dapat buang lemak dan kalori, dapat beli barang comel-comel dan dapat makan sedap! Kalau nak tahu info lanjut tentang IKEA, terjah entri kawan ni. Selamat jumpa lagi!!
Fast Action, Fast Result!
~Jihad Ekonomi Berjemaah~
Hanina Sulaiman
Call/SMS/WhatApps : 0193010149
No comments:
Post a Comment