Assalamualaikum,
Sekian lama menyepi kini saya muncul kembali. Masih ingat entri sebelum ini tentang ulang tahun perkahwinan saya & suami pada 01 Zulkaedah yang lalu? (kalau tak ingat klik SINI) Mungkin ramai yang telah maklum yang kami suami isteri menjalani kehidupan berumah tangga secara jarak jauh a.k.a PJJ. Jadi besarlah harapan kami untuk hidup bersama sebagaimana pasangan suami isteri yang lain juga. Akhirnya, impian menjadi realiti. Alhamdulillah..
Ceritanya bermula begini...
Pada 29 September lalu, saya telah menerima surat arahan perpindahan bertugas ke lokasi baru (sebenarnya saya yang mohon agar dapat tinggal bersama suami). Perjalanan pertukaran saya bukan mudah. Kalau nak tahu, saya telah mengemukakan permohonan sebanyak 3 kali berturut2 dan tahun ini surat permohonan saya amatlah berjela-jela, siap dengan lampiran A-Z orang kata. Walaupun berjela bagai nak rak, selepas 8 bulan hampir berlalu, saya masih tidak terima jawapan. Sedih tak sedih?
Kemudian, awal September lalu saya nekad untuk hubungi pegawai yang bertanggungjawab (Pn. K) berkali-kali sehinggalah beliau bosan melayan saya. Hehehe.. Minggu pertama & kedua, jawapan beliau "orang atas" belum mesyuarat dan putuskan lagi permohonan saya. Baiklah, saya tunggu lagi. Minggu ketiga saya telefon lagi, Pn. K bermesyuarat di luar kawasan dan beliau berjanji akan menyemak semula permohonan saya sebaik sahaja pulang ke pejabat. 3 hari berlalu senyap aje... Saya pun SMS Pn. K untuk dapatkan jawapan. Masa ni saya sudah rasa semacam dah. Dup..dap..dup..dap... je rasa jantung ni.
tuttt..tutttt.. mesej balasan diterima. Mesejnya berbunyi, " Puan, surat telah dikeluarkan sebentar tadi. Sila semak".
Jantung makin berdebar, mata macam dah nak menangis, kepala dah rasa nak pitam! Macam-macam andaian dah berebut masuk ke dalam fikiran. Lulus ke tak, lulus ke tak?
Akhirnya saya terima mesej dari setiausaha pengarah tentang arahan pertukaran yang amat dinanti-nantikan ini. Alhamdulillah, hajat dan doa kami selama ini diperkenankan. Permohonan pertukaran saya diluluskan ke pejabat dan lokasi yang saya inginkan diluluskan. Dan hebatnya percaturan Allah, saya perlu melapor diri pada 10 Oktober 2016, iaitu genap 6 tahun ulangtahun pernikahan kami. Inilah hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang terbaik yang pernah diterima. Alhamdulillah, bersyukur sangat.
Benarlah, Allah pasti punya rencana sendiri dalam memberi ujian kepada hamba2Nya. Akhirnya setelah hampir 6 tahun, salah satu hajat kami telah pun Allah perkenankan. InsyaAllah, kami akan terus berdoa kepada Allah untuk hajat2 yang seterusnya. Agak2 apa ye hajat kami?
Oh ya, lepas ni rakan2 di Cyberjaya/Putrajaya bolehlah hubungi saya untuk dapatkan produk-produk 5 bintang dari saya ye. Jangan segan2 pula cari saya. ;)
Fast Action, Fast Result!
~Jihad Ekonomi Berjemaah~
Hanina Sulaiman
Call/SMS/WhatApps : 0193010149
tarikh anniversy hanina tu sama tarikh dengan harijadi suami kakak.. selamat ulangtahun perkahwinan ya !! semoga bahagia hingga jannah.. hee~
ReplyDeleteWah..tak sangka berkongsi tarikh. Selamat hari lahir buat mr.atiehilmi. semoga panjang umur dah dilimpahi rezeki. Amin...
Delete