Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Saturday, 7 February 2015

Ujian Allah

Assalamualaikum,

Selalu kita dengar tentang ujian dari Allah. Kadang2 kita buat biasa sahaja ujian2 ini. Demam merupakan ujian Allah yang sangat biasa dialami. Betul tak?

Hari ini saya diuji dengan ujian kecil sahaja. Sebuah kehendak dan sebuah keperluan. Tapi saya berjaya menghadapi ujian ini dengan baik sedangkan ia hanyalah ujian yang sedikit. Lihatlah betapa kerdilnya kita disisi Allah.

Astagfirullah..maafkan aku Ya Allah.

Friday, 6 February 2015

Lawatan ke Tapak Projek Cendawan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan mengikut rakan lama ke projek cedawan yang dikelolakan oleh syarikat ODC Sdn Bhd. Sudah lama saya mendengar tentang projek ini dan menanti peluang untuk melawati tapak projek cendawang ni. (Rakan saya panggilnya cendawang = cendawan jana wang)

Tepat jam 1.30 petang, kami bergerak dari Bandar Baru Uda menuju ke Ulu Tiram. Perjalanan makan masa dalam 45 minit. Setiba di sana, saya agak teruja dengan suasana rumah2 cendawan. Ada 4 buah rumah yang berfungsi sebagai tempat pemprosesan bermula dari kerja2 pembenihan sehinggalah menuai.

Semasa masuk ke rumah yang pertama, kami diberi penerangan tentang proses2 awal seperti memasukkan debu ke dalam beg plastik, mengukus dan meletakkan benih. Nak cuba buat juga, tapi belum cukup ilmu didada.hehe..

Rumah kedua pula menempatkan beg2 cendawan yang telah siap dan menunggu untuk dituai. Mengikut penerangan yang diberikan, setiap beg cendawan akan boleh dituai sebanyak 4 kali. Lepas itu, kene buat yang baru. Masa tuaian pula pada waktu pagi sebelum jam 7 kerana suhi pada masa tu tidak terlalu panas. Jadi, semasa lawatan kami lakukan tidak banyaklah cendawan yang dapat dipetik. Nak petik, kene tunggu esok ye..

Oh ya.. tapak projek ni juga menyediakan tempat untuk penyewaan rak iaitu penyewaan tempat dan beberapa buah beg cendawan beserta isinya yang  100% dibuat oleh pengusaha ini. Agihan keuntungan pula akan mengikut perjanjian. Kepada sesiapa yang berminat nak tambah pendapatan, boleh lah cuba. Tak rugi tau.

Sebelum balik pula, kami diberikan ole2 berupa sebungkus cendawan segar. Alhamdulillah.. jom bercendawang!! ;)

Salam ceria,
Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149

Tuesday, 27 January 2015

Perjalanan Menuntut Ilmu (Part 3)

Baiklah, setelah beberapa hari baru saya punya kesempatan untuk update entri perjalanan menunut ilmu ni. Macam sibuk sangat kan?hehe..

Nak dijadikan cerita, saya akhirnya dapat mengambil gambar dengan Kak Cery si Jutawan Shaklee. Gembira bukan main lagi. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak berselfie dengan beliau. ;)

Bersama Kak Cery, Jutawan Shaklee Malaysia


Kelas Blog Asas ini sangat bst. selama ni saya buat post syok sendiri je. Rupa-rupanya ada benda yang saya tak tahu seperti SEO dan juga tips2 lain. Ha, kalau nak tahu apa yang saya dapat masa kelas tersebut, silalah hadir ke kelas ye. Jangan ponteng kelas.haha..

Eh, lupa pula. Sebelum tamat kelas, kami dapat hadiah tau.. Best sangat!!


Shaklee Collagen Powder


Salam Manis,
Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149

Saturday, 24 January 2015

Perjalanan Menuntut Ilmu (Part 2)

Assalamualaikum..

Perjalanan menuntut ilmu blog bermula hari ini. Sebelum ini pembelajaran secara online tapi kali ini saya hadir ke kelas khusus untuk memajukan diri dalam dunia blogging ni. Alhamdulillah, ada yang sudi mengajar pelajar dewasa macam saya ni.hehe..

Kelas ini diadakan di sebuah bangunan milik penuh syarikat bumiputera yang terletak di Bandar Baru Bangi. Memandangkan saya ni datangnya dari Johor, berpusing-pusing jugalah saya mencari. Tapi kata orang, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya dan suami teruskan juga perjalanan dan akhirnya jumpa juga bangunan yang dicari-cari selepas 15 minit berpusing-pusing. Syukur, Alhamdulillah.. Inilah rupa bangunannya. Kalau nak lagi senang, cari je Hospital An-Nur. Da jumpa, masuk dan jalan ke belakang sikit. mesti jumpa bangunan ala2 dalam gambar ni. FaizWorld Training Centre ni kat sebelah belakang.

FaizWorld Training Center

Di FaizWorld Training Center ni juga, anda boleh buat tempahan bilik latihan. Bukan hanya untuk ahli Shaklee sahaja ye. Contohnya, anda nak buat kelas bahasa Inggeris, anda boleh hubungi nombor telefon tertera. Kriteria dan bayaran saya kurang pasti. Yang pasti, fasiliti adalah lengkap dan terbaik, siap ada bilik nurseri untuk anak2 tau. (Kak Cery, saya tolong promosi sekali ni..hehe)

Kelas blog sedang berjalan

Mula-mula agak segan juga nak datang ke sini kerana tiada asas blog langsung. Tetapi, rakan-rakan sekelas dan tenaga pengajar yang baik menjadikan saya selesa berada di kelas ini. Terima kasih semua..

Eh, lama pula menulis. Saya sambung kelas dulu ye.

Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149

P/S: Sebelum habis kelas ini, saya nak bergambar dengan sumber inspirasi. Kak cery, wait for me.. ;)

Thursday, 22 January 2015

Perjalanan menuntut ilmu

InsyaAllah, hari ini saya akan memulakan perjalanan untuk menuntut ilmu di tempat orang. Tidaklah lama sangat, 1 hari sahaja.

Sehari pun, tapi hati saya sangat teruja untuk menuntut ilmu. Mengapa? Akan saya ceritakan pada entri akan datang. Tunggu ya update saya. ;)

Salam mesra,
Hanina Sulaiman (id: 888945)
0194725475/0193010149