Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Thursday, 17 September 2015

Resepi : Nutella Cheesecake paling simple

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Semoga semunya sihat sejahtera dan bergembira disamping mereka yang tersayang.

Hari ini, pagi-pagi lagi saya tertengok satu resepi yang agak senang (nampak senang) di facebook. Sekali pandang terus terpikat dan akhirnya saya cari resepi tersebut di website berkenaan. Bila dah jumpe, teruslah saya nak tepek di sini untuk rujukan bila nak buat nanti. hehe..

Jemput tengok ye. Mana tahu ada yang berminat.



Mudah kan? Okaylah untuk orang yang tak reti sangat memasak macam saya ni. hehe..Selamat mencuba!!

Salam Mesra,
Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149

Saturday, 1 August 2015

Kembara Hari Raya 1436H bersama Malindo

Assalamualaikum,

Kembali setelah bercuti lama. 10 hari je, lama ke?hehe..Tahun ini giliran saya beraya di kampung suami iaitu Pulau Pinang dan Kedah. Kalau nak tahu, beraya di sebelah utara ni "lain" sikit dengan orang selatan nu.. Salah satu kelainannya ialah kesesakan jalan raya. Masih dalam ingatan saya apabila kami berkenderaan selama 12 jam daripada Pulau Pinang ke Kuala Lumpur! Memang agak memberi kesan dalam hati saya.hehe..

Jadi untuk elakkan perkara yang sama berulang, tahun ini kami balik kampung dengan menaiki kenderaan udara.kali ini dengan kapal singa a.k.a Malindo Air hehe.. tiket saya beli awal-awal lagi, lebih kurang 6 bulan awal untuk dapatkan harga yang agak berbaloi. Dan kami juga buat rancangan awal tentang tempat meletak kenderaan (yang akan ditinggalkan sementara bercuti) dan juga bajet lain yang diperlukan semasa "kembara" ini. Antara bajet yang terlibat adalah sebagimana senarai dibawah:-

1. Tiket kapal terbang KL-Penang-KL untuk 2 orang = RM 243.00
2. Bayaran Letak Kenderaan (Putrajaya Sentral) = RM 4.00 x 6hari
3. Bayaran KLIA Transit ke KLIA2 = RM 6.20 x 2 hala x 2 orang
4. Duit minyak kereta kat penang = RM 100 (kongsi ngan adik)
Jumlah = RM 391.80 (kos perjalanan kami tahun ini)

Jimat kan sangat dan tidak perlu tempuh kesesakan jalan raya macam 2 tahun lepas. Selepas ni kami akan cuba ETS pula. InsyaAllah..

Tiba masanya saya berkongsi sedikit gambar kenangan raya kami tahun ini. Sampai jumpa lagi..

Kami di Hari Raya Pertama

Ni Hari Raya Kedua pula

Performance Drink tak pernah dilupakan
 
Mi Rebus Mak Mertuaku yang mabeles!!

Coconut Shake? Hahaha...ni di Melaka, singgah dalam perjalanan balik ke JB


Salam Mesra,
Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149

Tuesday, 30 June 2015

Tamar Cocoa Minuman Berkhasiat

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan buat semua pembaca. Pejam celik kita sudahpun menunaikan ibadah puasa masuk hari yang ke-13. Alhamdulillah, puasa tahun ini dipermudahkan.

Oh ya, ibadah puasa saya tahun ini tidak pernah tinggal dengan khasiat tamar. Sesungguhnya, sunnah Rasulullah s.a.w menyarankan agar kita berbuka dengan 3 biji buah tamar sebelum menjamah makanan lain. Nak tahu kenapa?

Tamar(kurma) adalah sejenis tumbuhan palma atau bahasa saintifiknya, Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada masak atau mentah.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8% hingga 2.0%, serat 2.0% hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50% hingga 57% glukosa. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. 

Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. 

Ia juga memiliki kadar potasium dua kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang dan membantu mencegah pelbagai penyakit.  

Sabda Rasullullah SAW, “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”
(Riwayat Imam Bukhari).   
(kredit to : http://www.tamarcocoa.biz/)

Bungkusan Tamar Cocoa (900 gram atau 20 sachet)










Selain buah tamar, saya juga mengamalkan minumna berkahsiat Tamar Cocoa. Kalau nak tahu saya merupakan penggemar coklat, jadi minuman harian saya pastilah Milo. Tetapi atas kesedaran untuk mengangkat produk keluaran Bumiputera, saya mengambil keputusan untuk mengamalkan Tamar Cocoa. Tamar Cocoa ni minuman 4 dalm 1, jadi untuk menikmatinya, anda tidak perlu menambah gula atau susu. tuang 1-2 sudu ke dalam secawan air panas, bancuh dan minum. Mudah kan?


Sedap kan Tamar Cocoa ni?


Okey, setakat ini sahaja post kali ini. Kalau ada sesiapa nak cuba Tamar Cocoa ni, boleh sahaja hubungi saya ya. saya akan bagi 1 pek trial untuk anda yang komen di entri ini. :)


Salam Mesra, Hanina Sulaiman (ID: 888945) 0194725475/0193010149

Thursday, 14 May 2015

Kembara Sabah (part 2)

Hari kedua.

Baiklah, kita teruskan perjalanan ke destinasi kedua iaitu daerah Keningau. Nak tahu tak, keningau ni terkenal dengan produk kayu manis nya. Besar2 tau. Tak percaya? Cuba tengok gambar dibawah.

Menurut cerita pakcik saya, disebabkan kayu manis ini jugalah keningau mendapat nama. Bagaimana ceritanya, saya pun kurang arif.hehe..

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau mengambil masa lebih kurang 1 jam hingga ke 1 jam setengah (98km). Pemandangan sepanjang perjalanan menghijau dengan pokok2 yang merimbun  dan rumah2 penduduk setempat. Dapat juga lah mencuci mata melihat kehijauan kerana kalau di bandar manalah nak dapat semua ni kan?

Memandangkan perjalanan tidak terlalu jauh, kami meneruskan perjalanan sehingga ke Anggerik Hotel untuk check in. Selesai urusan hotel, saya dibawa ke sebuah kedai pencuci mulut yang agak popular, kedai ABC (alamak, nama terlupa pula). Disini terdapat beberapa menu yang jarang2 dijumpai di tempat lain. Antaranya, ABC mangga, ABC Avocado, CBA buah2an. Apa bendanye? Cuba tengok gambar.

Berhampiran Keningau juga terdapat sebuah daerah yang selalu juga menjadi sebutan iaitu daerah Tenom. Biasa dengar tak? Tenom ni terkenal dengan serbuk kopinya. Kopi Tenom memang sedap, aroma dan rasanya agak berlainan dengan kopi di tempat lain. Kalau tak percaya, cubalah rasa. Di tenom saya dapat membeli beberapa bungkus kopi serbuk untuk encik suami. ♡♡♡

Baiklah, kita berjumpa lagi di entri berikutnya.

Wednesday, 13 May 2015

Kembara Sabah (Part 1)

Assalamualaikum..

Selamat pagi!!

Kali ini saya bersiaran di sebuah negeri yang menjadi destinasi pelancongan domestik di Malaysia iaitu negeri Sabah di bawah bayu.. Kalau nak tahu,saya ni berasal dari Kota Kinabalu,Sabah dan hijrah bersama-sama keluarga ke semenanjung sejak 21 tahun yang lalu. Dah lama kan?loghat pun dah bertukar sikit.hehe..

Biasanya saya ke Sabah untuk balik ke kampung dan paling jauh perjalanan saya adalah sehingga ke kundasang sahaja. Tapi kali ini istimewa sikit kerana saya akan berkembara hingga ke Sandakan. Cuma agak janggal kembara seorang tanpa encik suami disisi (encik suami tak dapat cuti.. sob..sob..). Memandangkan kembara saya kali ini adalah agak berlainan daripada sebelum ni,saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda. Mana tahu boleh dijadikan panduan suatu hari nanti.

Hari pertama, saya dan rakan2 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kita Kinabalu 2 (KKIA2) lebih kurang jam 5 petang. Ini adalah terminal tambang murah, sama seperti KLIA2 di Kuala Lumpur. Setibanya kami disana, kami terus bertemu dengan wakil syarikat sewaan kenderaan yang telah dihubungi sebelum ini. Kenderaan yang disewa adalah Hilux Vigo Auto. Besar kan? Sesuai untuk program kembara kami. ;)

Setelah selesai urusan sewaan kenderaan, kami terus menuju ke tempat penginapan di Promenade Service Apartment, penginapan yang selesa untuk backpakers dan boleh2lah untuk family. Untuk tempahan, anda google je www.promenade.com.my. klik pada service apartment. Harga sangat berbaloi. Selesai check in dan bersiap2, kami mencari tempat makan berhampiran. Biasanya kalau disini, ramai suka makan di medan makan berdekatan Pasar Filipina. Tapi kali ini kami makan di Medan Ikan Bakar bersebelahan dengan Pasar Awam Besar KK pula. Kat sini agak "cantik" berbanding yang lagi satu, tetapi sesetengah peniaganya tetap orang filipina.jadi, sama sajalah anda nak makan kat mana.hehe..

Selesai sahaja makan, kami terus balik ke bilik kerana masing2 sudah penat. Esok pagi2 perlu menyambung perjalanan seawal jam 7 pagi untuk ke Keningau pula. Jemput tidur ya.. :)


P/s: Maaf, hari pertama ni tiada gambar berkaitan buat masa ini. Nanti saya masukkanya. Hehe..