Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Thursday, 12 January 2017

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Hanina!

Assalamaualakum,

Alhamdulillah, 2 hari lepas usia saya genap 33 tahun. Bersyukur dengan rahmat dan rezeki Allah dah bagi selama 33 tahun menjadi warga dunia yang fana ini.


Terima kasih juga buat keluarga, saudara mara, rakan2 dan para pelanggan yang memberi ucapan dan mendoakan yang baik-baik buat saya. Semoga doa kalian semua dimakbulkan. Aamiin ya Rabb..

Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat rakan-rakan yang menyambut hari kelahiran pada bulan Januari. Semoga kita semua berbahagia, diberi kesihatan terbaik, diluaskan rezeki dan sentiasa mendapat perlindungan Allah.


P/S: Saya tawarkan HOT DEAL buat sesiapa yang lahir dalam bulan ni. Pilih sahaja produk HOT ITEM yang saya jual dan hubungi saya untuk dapatkan harga terbaik. Mudah kan?

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Tuesday, 3 January 2017

Selamat Tahun Baru 2017!

Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru 2017! 
Semoga tahun 2017 ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. 



Penutup 2016..
Terima kasih kepada rakan2 yang sudi singgah sebentar ke blog saya yang suam-suam kuku ni. Doakan saya lebih "panas" tahun ni ye.. Terima kasih juga buat pelanggan2 yang ukhuwah kita bermula melalui blog ni. Tak sangka juga blog yang saranghae ni ada juga yang sudi membelek. Terharu sangat tau bila tahu kalian dapat info dari blog ni. sob..sob... Sayangggg korang!!


Cerita tentang tahun baru, pastinya anda ada azam baru kan? Ke... pasang niat sambung azam 2016 yang tak selesai lagi? Hehehe...

Untuk tahun ini, saya berazam untuk menjana pendapatan tambahan RM xxxx sebulan melalui bisnes2 sampingan saya. Angka sebenar biarlah rahsia... Saya juga berazam untuk menjadi chef di rumah. Almaklumlah, sebelum2 ni saya kan duduk berjauhan dengan En. Suami. Sekarang tengah merangkak la, nak masak asyik tenung menu. Lepas2 ni harapnya semua resepi dah melekat kat kepala aje. Hehehe..

InsyaAllah.. semoga Allah permudahkan jalanku.


Oh ya, saya ucapkan selamat kembali ke sekolah buat anak2 dan guru2 sekalian. Semoga proses pembelajaran dapat berjalan lancar dan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam kehidupan seharian. Aamiin...

Okaylah... jom kita sambung tugasan hakiki semula. Ni dok menaip masa waktu rehat. Curi masa sikit buat update blog saranghae ku. 

Nak pesan sikit... Walau siapa pun anda, walau apapun anda ingin lakukan, saya doakan yang terbaik buat anda semua. Lakukan yang terbaik bermula SEKARANG agar tidak menyesal KEMUDIAN HARI. Peace!


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Thursday, 22 December 2016

Y.E.S - Year End Sale 2016!

Assalamualikum,

Hampir sebulan rupanya tak terupdate blog ni. Macam sibuk sangat kan kat tempat baru? hehe.. Alhamdulillah, saya semakin serasi di tempat baru walaupun kadang-kadang masih tercari-cari tempat terutama bila stok barangan dagangan dekat nak habis. Almaklumlah, saya pedagang yang merantau.

Logo Year End Sale Malaysia

Okey, kali ni saya nak cerita tentang Y.E.S atau nama penuhnya Year End Sale (Jualan Hujung Tahun cakap Melayunya..). Tahun ni kedai online saya pun join promosi ni. Banyak barang yang anda boleh dapati dengan harga diskaun atau tawaran hadiah PERCUMA mengikut promosi. Antara item yang promosi adalah Set Marine Essance dan Bioseleza.

Set Marine Essence

BioSeleza Promosi Y.E.S 2016

Eh, bukan produk Hai-O aje tau yang terlibat dengan promosi Y.E.S ni. Semua produk yang saya jual pasti ada TAWARAN HEBAT. Hah, kalau nak tahu, jemputlah lawat facebook kedai online saya. Jangan lupa like dan follow ye.

Selamat bershopping!!

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Thursday, 24 November 2016

Promosi Hari Gaji November 2016

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik dah pun sampai hujung bulan November 2016. Lagi sebulan aje lagi kita akan menutup tirai tahun 2016 dan menerima kunjungan 2017. Sungguh cepat masa berlalu..



Oh ya! Anda masih ingat dengan Self-Promo Reward? Ya iya lah... promosi sempena hari gaji yang saya mulakan bulan lepas. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dikalangan rakan-rakan dan para pelanggan. Saya juga rasa gembira sebab dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban kewangan anda. Terima kasih kepada kalian yang menyokong saya dan perniagaan saya. Sayangggg korang....
Self Reward Promo Nov 2016

Jadinya, bulan ini saya rombak item promosi. Nak tahu apa dia? Jom layan...

1. Min Kaffe
2. Garlic Tablet
3. Femi 9 Intimate Wash
4. Serbuk Pencuci Pekat Ezi Clean
5. Marine Essence Beauty Bar
6. Ubat Gigi Marine Essence
7. Syampu Marine Essence
8. Cecair Mandian Marine Essence
9. Premium Beautiful Hand & Body Lotion

Dan... jangan lupa kaedah nak tempah promosi item ni ye. Kot2 lah anda terlupa, jemput baca entri yang lepas ye. Klik kat sini >>>

Selamat bershopping!


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Wednesday, 9 November 2016

Telinga Tersumbat!

Assalamualaikum,

Semalam adalah hari yang agak mengerikan buat saya. Nak tahu kenapa?  Semuanya gara-gara telinga sebelah kanan saya tersumbat! Sebenarnya sudah lama saya alami "kurang pendengaran" sebelah kanan tetapi saya tak ambil pusing sangat. Yelah, ingatkan boleh baik sendiri. Sehinggalah semalam kejadian ini berlaku...

Selepas makan malam dalam jam 750 semalam, telinga saya macam gatal-gatal sikit. Geram punya pasal, saya pun ambil putik kapas dan proses korek mengorek pun bermula. Korek punya korek, tiada "sampah" pun yang keluar, tapi telinga masih gatal. Dalam hati dah fikir bukan2.. Ala, ada serangga masuk ke ni? Suami ajak ke klinik tetapi saya bagi alasan malas dan sebagainya sebab dah rancang nak layan RunningMan malam tu. Hehe.. Saya pun minta tolong suami teropong kat dalam telinga kot2 lah boleh nampak. Hehe.. 

Lain yang disuluh lain yang nampak! Suami kata telinga saya macam tersumbat, dah hitam sangat dah dalam tu katanya. HUH??? Seram tak seram? Dalam keterpaksaan, kami pun berangkat ke klinik..


Poliklinik An-Nisa' Cyberjaya (gambar ihsan google)


Nampak tak banyak kedai makan sebelah kiri dan kanan klinik? Ha, waktu malam tersangatlah meriah kawasan ni sampai kami berpusing-pusing mencari parking. Dapat je parking kami menapak sikit menuju ke klinik dan terus membuat pendaftaran. Nasib saya baik kerana hanya ada 1 pesakit yang sedang menerima rawatan. Duduk tak sampai 5 minit, nama saya pun dipanggil. Masuk kat bilik doktor, tengok2 doktor muda lagi. Macam iye tak iye aje kan. 

Macam ni lah doktor teropong telinga saya
Doktor : Sakit apa puan?
Saya: Telinga sumbat (sambil tersengih)
Doktor : (ambil teropong dan skodeng dalam telinga) Hm.. ada sumbat sikit. Selalu korek telinga pakai cotton bud ke?
Saya : Mestilah... (dengan bangganya sebab patutnya teling bersih dah korek)
Doktor: Lain kali JANGAN KOREK PAKAI COTTON BUDS. Nak bersihkan telinga, beli ubat titik kat farmasi dan lap telinga dengan tuala je.
Putik kapas bukan untuk telinga. Ingat ye!!
Saya : HUH???

Rupanya, cotton bud yang kita dok guna untuk korek telinga tu tak elok guna. Memang dia tak tertinggal semua kat dalam telinga, tapi habuk-habuk dia pasti akan terkumpul kat dalam telinga dan akan menyekat ear wax (tahi telinga) untuk keluar. Tu yang buat tersumbat kat dalam telinga comel kita.

Alhamdulillah....

Akhirnya, telinga kanan saya perlu dicuci dan dibersihkan dengan air. (Macam mana rupa pistol ke alat yang digunakan tu saya tak sempat tengok. dok tumpu kat sakit air masuk telinga. Setelah bergelut dengan air kat telinga dan penyedut air, lepas 5 minit doktor dan pembantunya berjaya mengeluarkan bendasing yang menyumbat telinga saya. Paling lawak, si pembantu siap jerit "YEAY!!!" sebaik sahaja bendasing itu berjaya dikeluarkan. Alhamdulillah, telinga saya kembali normal. Doktor siap tunjuk benda yang menyumbat telinga, alamak... Maaf ye, tiada gambar disertakan. Geli la pulak nak ambil gambar.hehehe...

Terima kasih kepada doktor dan pembantunya yang berjaya menyelesaikan masalah telinga saya. Dan terima kasih kepada En. Suami yang sudi membayar kos rawatan semalam. Oh ya, kos rawatan sebanyak RM 125 termasuk ubat titik telingan dan antibiotik (sebab telinga ada sedikit jangkitan). Sekarang suami cakap perlahan pun saya boleh dengar. Lepas ni dah boleh cakap bisik2 la yek. Hehe.. 

Peringatan. Jangan korek telinga guna cottonbud. Sikit2 lama2 jadi bukit tinggi.hehehe...


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149