Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Thursday, 24 November 2016

Promosi Hari Gaji November 2016

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik dah pun sampai hujung bulan November 2016. Lagi sebulan aje lagi kita akan menutup tirai tahun 2016 dan menerima kunjungan 2017. Sungguh cepat masa berlalu..



Oh ya! Anda masih ingat dengan Self-Promo Reward? Ya iya lah... promosi sempena hari gaji yang saya mulakan bulan lepas. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dikalangan rakan-rakan dan para pelanggan. Saya juga rasa gembira sebab dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban kewangan anda. Terima kasih kepada kalian yang menyokong saya dan perniagaan saya. Sayangggg korang....
Self Reward Promo Nov 2016

Jadinya, bulan ini saya rombak item promosi. Nak tahu apa dia? Jom layan...

1. Min Kaffe
2. Garlic Tablet
3. Femi 9 Intimate Wash
4. Serbuk Pencuci Pekat Ezi Clean
5. Marine Essence Beauty Bar
6. Ubat Gigi Marine Essence
7. Syampu Marine Essence
8. Cecair Mandian Marine Essence
9. Premium Beautiful Hand & Body Lotion

Dan... jangan lupa kaedah nak tempah promosi item ni ye. Kot2 lah anda terlupa, jemput baca entri yang lepas ye. Klik kat sini >>>

Selamat bershopping!


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Wednesday, 9 November 2016

Telinga Tersumbat!

Assalamualaikum,

Semalam adalah hari yang agak mengerikan buat saya. Nak tahu kenapa?  Semuanya gara-gara telinga sebelah kanan saya tersumbat! Sebenarnya sudah lama saya alami "kurang pendengaran" sebelah kanan tetapi saya tak ambil pusing sangat. Yelah, ingatkan boleh baik sendiri. Sehinggalah semalam kejadian ini berlaku...

Selepas makan malam dalam jam 750 semalam, telinga saya macam gatal-gatal sikit. Geram punya pasal, saya pun ambil putik kapas dan proses korek mengorek pun bermula. Korek punya korek, tiada "sampah" pun yang keluar, tapi telinga masih gatal. Dalam hati dah fikir bukan2.. Ala, ada serangga masuk ke ni? Suami ajak ke klinik tetapi saya bagi alasan malas dan sebagainya sebab dah rancang nak layan RunningMan malam tu. Hehe.. Saya pun minta tolong suami teropong kat dalam telinga kot2 lah boleh nampak. Hehe.. 

Lain yang disuluh lain yang nampak! Suami kata telinga saya macam tersumbat, dah hitam sangat dah dalam tu katanya. HUH??? Seram tak seram? Dalam keterpaksaan, kami pun berangkat ke klinik..


Poliklinik An-Nisa' Cyberjaya (gambar ihsan google)


Nampak tak banyak kedai makan sebelah kiri dan kanan klinik? Ha, waktu malam tersangatlah meriah kawasan ni sampai kami berpusing-pusing mencari parking. Dapat je parking kami menapak sikit menuju ke klinik dan terus membuat pendaftaran. Nasib saya baik kerana hanya ada 1 pesakit yang sedang menerima rawatan. Duduk tak sampai 5 minit, nama saya pun dipanggil. Masuk kat bilik doktor, tengok2 doktor muda lagi. Macam iye tak iye aje kan. 

Macam ni lah doktor teropong telinga saya
Doktor : Sakit apa puan?
Saya: Telinga sumbat (sambil tersengih)
Doktor : (ambil teropong dan skodeng dalam telinga) Hm.. ada sumbat sikit. Selalu korek telinga pakai cotton bud ke?
Saya : Mestilah... (dengan bangganya sebab patutnya teling bersih dah korek)
Doktor: Lain kali JANGAN KOREK PAKAI COTTON BUDS. Nak bersihkan telinga, beli ubat titik kat farmasi dan lap telinga dengan tuala je.
Putik kapas bukan untuk telinga. Ingat ye!!
Saya : HUH???

Rupanya, cotton bud yang kita dok guna untuk korek telinga tu tak elok guna. Memang dia tak tertinggal semua kat dalam telinga, tapi habuk-habuk dia pasti akan terkumpul kat dalam telinga dan akan menyekat ear wax (tahi telinga) untuk keluar. Tu yang buat tersumbat kat dalam telinga comel kita.

Alhamdulillah....

Akhirnya, telinga kanan saya perlu dicuci dan dibersihkan dengan air. (Macam mana rupa pistol ke alat yang digunakan tu saya tak sempat tengok. dok tumpu kat sakit air masuk telinga. Setelah bergelut dengan air kat telinga dan penyedut air, lepas 5 minit doktor dan pembantunya berjaya mengeluarkan bendasing yang menyumbat telinga saya. Paling lawak, si pembantu siap jerit "YEAY!!!" sebaik sahaja bendasing itu berjaya dikeluarkan. Alhamdulillah, telinga saya kembali normal. Doktor siap tunjuk benda yang menyumbat telinga, alamak... Maaf ye, tiada gambar disertakan. Geli la pulak nak ambil gambar.hehehe...

Terima kasih kepada doktor dan pembantunya yang berjaya menyelesaikan masalah telinga saya. Dan terima kasih kepada En. Suami yang sudi membayar kos rawatan semalam. Oh ya, kos rawatan sebanyak RM 125 termasuk ubat titik telingan dan antibiotik (sebab telinga ada sedikit jangkitan). Sekarang suami cakap perlahan pun saya boleh dengar. Lepas ni dah boleh cakap bisik2 la yek. Hehe.. 

Peringatan. Jangan korek telinga guna cottonbud. Sikit2 lama2 jadi bukit tinggi.hehehe...


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday, 28 October 2016

Min Kaffe - Bukan sebarangan Kopi!

Pek Baru Min Kaffe
Min Kaffe adalah kopi bermineral yang paling top di Malaysia ni. Aroma istimewa Min Kaffe berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma yang menusuk kalbu, Min Kaffe juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang menggalakkan penyerapan kalsium.

Dengan mengandungi nutirisi tambahan, ia menjadikan Min Kaffe sebagai kopi "bukan sekadar kopi" tau. Aroma istimewa Min Kaffe berasal daripada bijian kopi Robusta dan Garam Buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium. Tidak seperti kopi lain yang menyahkan segala mineral dalam badan, Min Kaffe mengisi kembali kehilangan dengan garam buluh yang kaya dengan mineral telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Khasiat Min Kaffe

Sebab itulah, walaupun anda bukan penggemar kopi atau sering sahaja pening sebaik meminum kopi, anda tidak akan mengalami situasi yang sama bila mengambil Min Kaffe! Betul2 istimewa tau.. Eh, ini bukan nak buat promo saja-saja tau. Tak percaya, cubalah sepeket dua. Hehehe...

2 Sachet Min Kaffe PERCUMA 

Istimewa buat pembaca entri ini, saya berbesar hati memberikan trial pek (2 sachet) Min Kaffe kepada anda. Silakan komen dibawah untuk saya hubungi ye.


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~  Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday, 21 October 2016

Jimat di Hari Gaji!

Assalamualaikum,

Saya nak tanya anda semua, hari berapa haribulan? Sambil membelek kalender, saya jawab sendiri.. 21hb Oktober 2016. Kenapa saya tanya tarikh hari ni? Sebab... semalam rupanya hari gaji untuk kakitangan awam! Hehehe..

Sebagai penjawat awam dan juga peniaga online, ini adalah waktu yang ditunggu oleh saya. Percaya atau tidak, hari gaji sales kami pasti akan meningkat 3-4 kali ganda. Hebatnya kuasa membeli para pelanggan dikasihi. Terima kasih atas sokongan kalian... tanpa kalian siapalah kami. 

Baiklah, tanpa melengahkan masa saya nak beritahu bahawa kedai online saya akan membuat promosi SELF-REWARD (SR) setiap kali hari gaji penjawat awam. Boleh rujuk kat SINI atau gambar dibawah untuk maklumat bilakah tarikh gaji yang ditunggu-tunggu ini. Cikidaut..

Jadual Gaji Penjawat Awam 2016

Best ke SR Promo ni? Apa yang ada? apa...apa..apa... Mesti anda banyak nak tanya kan? Jom layan FAQ untuk hilangkan persoalan dikepala tu.


1. Apa produk yang terlibat dengan promosi SELF REWARD?

Setiap bulan, produk SR akan berubah mengikut kesukaan hati saya. hehe.. Untuk bulan ini (Oktober 2016), produk yang termasuk dalam promosi SR adalah:- 

Self Reward Promosi Oktober 2016









2. Apa yang hebat sangat promosi SR ni? 

Ha, yang ni kena lah PM/WhatApps saya kat nombor ni >>> 019-3010 149 atau komen je kat entri ini. Saya akan jawab insyaAllah..

3. Promosi ni berlangsung berapa lama?

Promoi SR akan berlangsung selama 48 jam sahaja. Bermula 9.00 pagi hari gaji pertama sehingga 9.00 pagi hari gaji ketiga. Hari gaji penjawat awam tau..

Khas buat pembaca blog saya, kalian sentiasa istimewa dihati. Saya akan lanjutkan promosi sehingga 7 hari selepas hari gaji. Senang kira, 9.00 pagi hari gaji pertama sehingga 9.00 pagi hari gaji kelapan. Syaratnya, PM page/WhatApps saya kod promosi ini kat bawah ni. Kalau komen kat entri pun akan diambil kira. Suka tak? Suka tak?

Jangan lupa berikan promo code ini jika WhatApps saya

4. Saya kakitangan swasta, gaji tak sama dengan penjawat awam. Macam mana pula ye?

Jangan risau, saya akan buka peluang untuk anda tempah dan lock harga promosi. Tetapi ia akan hanya berlaku semasa tempoh promosi ye. 

5. Akan di update dari masa ke masa nanti. 

Baiklah, sampai sini sahaja. Jemputlah submit order kat saya ye. Hehehe..


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday, 14 October 2016

Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan paling ohsem!

Assalamualaikum,

Sekian lama menyepi kini saya muncul kembali. Masih ingat entri sebelum ini tentang ulang tahun perkahwinan saya & suami pada 01 Zulkaedah yang lalu? (kalau tak ingat klik SINI) Mungkin ramai yang telah maklum yang kami suami isteri menjalani kehidupan berumah tangga secara jarak jauh a.k.a PJJ. Jadi besarlah harapan kami untuk hidup bersama sebagaimana pasangan suami isteri yang lain juga. Akhirnya, impian menjadi realiti. Alhamdulillah..


Ceritanya bermula begini...

Pada 29 September lalu, saya telah menerima surat arahan perpindahan bertugas ke lokasi baru (sebenarnya saya yang mohon agar dapat tinggal bersama suami). Perjalanan pertukaran saya bukan mudah. Kalau nak tahu, saya telah mengemukakan permohonan sebanyak 3 kali berturut2 dan tahun ini surat permohonan saya amatlah berjela-jela, siap dengan lampiran A-Z orang kata. Walaupun berjela bagai nak rak, selepas 8 bulan hampir berlalu, saya masih tidak terima jawapan. Sedih tak sedih? 

Kemudian, awal September lalu saya nekad untuk hubungi pegawai yang bertanggungjawab (Pn. K) berkali-kali sehinggalah beliau bosan melayan saya. Hehehe.. Minggu pertama & kedua, jawapan beliau "orang atas" belum mesyuarat dan putuskan lagi permohonan saya. Baiklah, saya tunggu lagi. Minggu ketiga saya telefon lagi, Pn. K bermesyuarat di luar kawasan dan beliau berjanji akan menyemak semula permohonan saya sebaik sahaja pulang ke pejabat. 3 hari berlalu senyap aje... Saya pun SMS Pn. K untuk dapatkan jawapan. Masa ni saya sudah rasa semacam dah. Dup..dap..dup..dap... je rasa jantung ni.

tuttt..tutttt.. mesej balasan diterima. Mesejnya berbunyi, " Puan, surat telah dikeluarkan sebentar tadi. Sila semak".

Jantung makin berdebar, mata macam dah nak menangis, kepala dah rasa nak pitam! Macam-macam andaian dah berebut masuk ke dalam fikiran. Lulus ke tak, lulus ke tak? 

Akhirnya saya terima mesej dari setiausaha pengarah tentang arahan pertukaran yang amat dinanti-nantikan ini.  Alhamdulillah, hajat dan doa kami selama ini diperkenankan. Permohonan pertukaran saya diluluskan ke pejabat dan lokasi yang saya inginkan diluluskan. Dan hebatnya percaturan Allah, saya perlu melapor diri pada 10 Oktober 2016, iaitu genap 6 tahun ulangtahun pernikahan kami. Inilah hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang terbaik yang pernah diterima. Alhamdulillah, bersyukur sangat. 



Benarlah, Allah pasti punya rencana sendiri dalam memberi ujian kepada hamba2Nya. Akhirnya setelah hampir 6 tahun, salah satu hajat kami telah pun Allah perkenankan. InsyaAllah, kami akan terus berdoa kepada Allah untuk hajat2 yang seterusnya. Agak2 apa ye hajat kami? 

Oh ya, lepas ni rakan2 di Cyberjaya/Putrajaya bolehlah hubungi saya untuk dapatkan produk-produk 5 bintang dari saya ye. Jangan segan2 pula cari saya. ;)


Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
 Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149